Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 145410   
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2026 03:43 PM




Tingkap pesawat 'tertanggal', penumpang hampir disedut keluar(FOTO FAIL) PESAWAT Ryanair di lapangan terbang di Makedonia, Thessaloniki, Greece, pada 7 Mei 2026. FOTO Reuters
Thessaloniki, Greece: Seorang lelaki hampir tersedut keluar melalui tingkap sebuah pesawat Ryanair selepas komponen itu 'tertanggal' ketika penerbangan dari Greece ke Jerman, Jumaat lalu.

Namun, pada kejadian itu, penumpang lain berjaya menariknya ke dalam pesawat.
Menurut pihak berkuasa, susulan insiden berkenaan, penumpang warga Serbia itu dimasukkan ke hospital akibat melecur kerana geseran, namun dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Seorang penumpang berkata, kebanyakan penumpang sedang tidur sebelum terdengar bunyi kuat seperti tayar meletup.
"Kami segera menyedari berlaku penyahmampatan dan terdengar jeritan... saya menyangka seseorang secara tidak sengaja membuka pintu kecemasan.

"Topeng oksigen turun dan kami bau sesuatu yang kuat. Kepala dan bahu seorang penumpang berada di luar tingkap. Mujur dia tidak menanggalkan tali pinggang keledarnya," katanya penumpang itu.

Media Greece melaporkan kejadian berlaku ketika pesawat di ruang udara Macedonia Utara apabila tingkap itu dipercayai pecah akibat terkena serpihan yang tercabut dari salah satu enjinnya.

Dalam pada itu, Ryanair dalam kenyataan memaklumkan, pesawat itu berpatah balik ke Thessaloniki sejurus selepas berlepas apabila tingkap penumpang tertanggal ketika penerbangan.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan mendarat seperti biasa dan semua penumpang kembali ke terminal.
Ryanair berkata, sebuah pesawat gantian kemudian disediakan untuk membawa baki penumpang ke Memmingen, Jerman.

Pengeluar pesawat Boeing pula memaklumkan, pihaknya menyedari insiden itu dan sedang berhubung dengan Ryanair.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengesahkan, insiden itu membabitkan tingkap yang pecah pada sebuah pesawat Boeing 737-800.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berkata, Macedonia Utara akan mengetuai siasatan dengan sokongan wakil serta penasihat teknikal daripada FAA, Boeing dan General Electric Aerospace.


Rate
There are 1 People reward the building owner
287 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 145410   

All contents are displayed

More Isu Semasa