Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Pelakon Anna Jobling mengakui masih belum mempunyai rancangan untuk menamatkan zaman bujang bersama selebriti Indonesia, Karel Susanteo dalam tempoh terdekat.


Menurut Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, dia dan Karel masih belum membincangkan mengenai soal membina rumah tangga bersama susulan jadual kerja seninya yang padat ketika ini.


“Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami.


“Buat masa ini tiada apa-apa lagi hendak kongsi cuma minta doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.


“Sekarang masa tidur pun tidak cukup dan sebab itu fokus utama saya adalah kerjaya seni berbanding hal lain. Jadi, tidak perlulah terburu-buru,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan di sini, semalam.


Ditanya faktor utama yang membuatkan hatinya terpaut pada Karel, Anna hanya menjawab ringkas iaitu karakter dimiliki jejaka tersebut.


“Apa yang membuatkan saya tertarik? Personaliti dia. Itu sahaja,” jawabnya ringkas.


Sementara itu, dia kini muncul membawakan watak Zara Andrea menerusi drama terbaharu, Yes! Captain Zul Aaryan yang menggandingkannya dengan Jazmy Juma dan Natasha Sass.


“Selepas diberitahu akan membawa watak Zara Andrea, saya terus membeli novel itu dan membacanya untuk mengetahui mengapa karya ini mempunyai begitu ramai peminat.


“Cabaran terbesar saya ialah membawakan watak itu dengan sebaik mungkin supaya tidak mengecewakan pembaca setia novel tersebut .


“Saya usaha cuba meletakkan diri dalam karakter tersebut dan harap dapat memberikan yang terbaik,” ujarnya.


Yes! Captain Zul Aaryan mempunyai 30 episod kini mengisi slot Akasia TV3.


Sumber -KOSMO! ONLINE
848 Views
6 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


apedehal Lv.13 2#

Challenger | Credits 17068   
Kudsia kahar junior

Perawankota Lv.13 3#

Challenger | Credits 17432   
Semoga drama ni tak cringe mcm Thariq Redzwan

adiwarna Lv.11 4#

Highlander | Credits 7569   
Baru tertengok live night walk dia dgn roslan shah dekat youtube....entertaining gak la...sbb tempat theols duduk tu agak keras gak, dlm terowong lama...
Follow Us

shernazz Lv.17 5#

Superior | Credits 59008   
Quote: adiwarna replied at 12-7-2026 03:18 AM
Baru tertengok live night walk dia dgn roslan shah dekat youtube....entertaining gak la...sbb tempat ...

Roslan shah ni yang aw aw tu ke..
Tak terpeluk si anna ni ke..haha

rosmahisham Lv.13 6#

Challenger | Credits 16236   
Berlakon agak kayu kayan.suara pon x best.makin lama makin terserlah rupa maknya,versi cerah.

bambimo Lv.12 7#

Defender | Credits 14895   
Kalo dh dia sendiri yg go public ni betul la tu kan.Cuma mak dia OK ke?

All contents are displayed