Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211040   





KUANTAN – Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 246.4 di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini terlibat dalam perlumbaan haram di lebuhraya berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pada masa ini siasatan sedang giat dilakukan daripada segenap aspek.


Berdasarkan rakaman dashcam sebuah kereta berdurasi satu minit yang tular mendapati sekumpulan pemandu motosikal memandu laju daripada daripada sebelah kiri dan kanan kereta berkenaan sebelum terdapat serpihan motosikal yang terlibat kemalangan.


Hari ini Kosmo! Online melaporkan empat penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1).


Mangsa yang maut ialah Che Mohd Sufian Bin Che Ghani,40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan,33; Muhammad Safawi Md Noh, 24 dan Mohd Aizat Husni,33.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi berlaku ketika kesemua mangsa bersama sekumpulan penunggang motosikal lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu.


Katanya, lebih daripada 30 buah motosikal dipercayai jenis Yamaha RXZ terlibat dalam kejadian kemalangan maut yang mengorbankan empat penunggang motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini hari ini.


  



Sumber -KOSMO! ONLINE
750 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


ChildrenOfBodom Lv.16 2#

Conqueror | Credits 41865   
perempit mati semasa merempit, that's a good news isn't it?

MissVixen Lv.13 3#

Challenger | Credits 15660   
Bulan 8 ni berapa pula yang akan meninggal dan bersepai atas jalan? Event di negeri serambi Isle tu selalu bulan ogos kan.

mejaputih Lv.13 4#

Challenger | Credits 16978   
Dorg x fikir anak bini ke? Dah la anak2 mesti masih kecik2...
Follow Us

ninja boy Lv.16 5#

Conqueror | Credits 47181   
Depa mana fikir anak bini, bini kan superwomen ada kerja boleh jual online boleh jga anak, laki boleh cikcur berlumba spt bujang umur 18

hart_attack Lv.14 6#

Fighter | Credits 20404   
mmg berlumba pun kalau tgk dashcam vios tu.
Jln LPT tu mmg gelap,jln lurus mmg best la utk tunjukkan action superman. LPT tu dh byk kejadian makan darah. Iols baru je baca dkt thread sana psl owner vios bg statement.

lkick2113 Lv.15 7#

Gladiator | Credits 35493   
ni kalau ada ponen @ashna @Selma_Jeskova  memang dah dicarutkan dek dia ni

ADVERTISEMENT


airfilterkotor Lv.15 8#

Gladiator | Credits 34094   
Hiburan anak melayu - rempit besi buruk atas highway. Fatality saban tahun takat ni agak memberangsangkan.

Tahun depan buat lagi.

Motor yang total lost tu aku rasa spare parts bakalan kena faraid sesama geng. Maklomlah rege RM20k RM60k... rare katanya... rugi kalau buang gitu jer.

airfilterkotor Lv.15 9#

Gladiator | Credits 34094   
Pertama, haramkan motor 2 lejang.
Kompem rege besi burok tu menjunam jadi besi burok buat kali ke-17.
Bila RXJekk berkubor buat selamanya, geng ni bakal beralih kepada Yamaha YSuku.
(sebab tabiat merempit tu sebati dalam jati diri susah nak buang)

YSuku bakalan menjadi hot item. Harga jual kat kedai RM10k, bila preloved item naik RM20k-RM60k.
Dengan besi burok pun geng ni boleh manipulate harga dan ramai terpercaya, apatah lagi YSuku. Celah gigi jer MO gini.
Alasan... senang modi, barang after market banyak, motor jadi powerful.

Ayat pemusnah argument... "Hobi kami mahal... apa boleh buat."

hart_attack Lv.14 10#

Fighter | Credits 20404   
Quote: airfilterkotor replied at 12-7-2026 06:26 PM
Hiburan anak melayu - rempit besi buruk atas highway. Fatality saban tahun takat ni agak memberangsa ...

Tok sah kata tahun depan,mmg tiap tahun la. Setahun ada brp kali event dorg.

Ade je dorg bg sumbangan antara geng² tu nnti. Tgk je masa kembumi tu ramai je geng² yg dtg

Apoo Lv.8 11#

Honour | Credits 2161   
Quote: MissVixen replied at 12-7-2026 03:03 AM
Bulan 8 ni berapa pula yang akan meninggal dan bersepai atas jalan? Event di negeri serambi Isle tu  ...

Indeed. Event2 ni biasanya dianjurkan kat belah pantai timur. Sekrg dah start meleret ke utara di kedah.

Awat belah selangor perak melaka n9 x penah ada ye?

Purestteam1 Lv.7 12#

Revolutioner | Credits 1427   
Quote: Apoo replied at 12-7-2026 08:57 PM
Indeed. Event2 ni biasanya dianjurkan kat belah pantai timur. Sekrg dah start meleret ke utara di  ...

melaka awal tahun haritu x salah... event bagus klu ikut law... pakai standard.. ..ok je.. tapi biasa la... mesti ada bengong...

azimodin Lv.13 13#

Challenger | Credits 18488   
Malanh x berbau.. kemalangan boleh berlaku di mana-mana.
Tapi kemalangan disebabkan berlumba, aku ucapkan alhamdulillah berkurangan bilangan rempit di muka bumi

Zazama Lv.8 14#

Honour | Credits 2307   
Ambil pengajaran dari apa yg berlaku ni. Apa2 jadi, bukan penunggang saja yg tanggung. Yg kamu tinggalkan kt rumah. Yg menunggang kt blkg. Pengguna lebuhraya yg lain. Semua terkesan...

ultra78 Lv.19 15#

Emperor | Credits 86289   
Orang melayu memang suka dengan hobi tak berfaedah yang membawa maut

All contents are displayed