CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Peranan guru semakin terbatas punca kes buli meningkat – Dr Zulkifli

[Copy link]
Post time 8-7-2026 04:17 PM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM: Peranan guru yang semakin terbatas untuk bertindak dan mendidik dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes buli.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, peranan guru perlu dikembalikan kepada kedudukannya yang sebenar agar mereka dapat membimbing, menegur dan membentuk sahsiah pelajar dengan lebih berkesan.

“Guru wajib dihormati, namun pada masa yang sama perlu dipandu oleh agama, akhlak, undang-undang dan kebijaksanaan serta sentiasa terbuka untuk menerima teguran.

“Apabila guru hilang kewibawaan, sekolah kehilangan tiangnya. Apabila guru takut menegur, murid kehilangan bimbingan,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu buli menerusi siri Mauqif bertajuk ‘Isu Buli: Saatnya Kita Kembalikan Roh Pendidikan’.

Menurut Zulkifli, kes buli yang semakin membimbangkan bukan sahaja meninggalkan trauma serta menghakis keyakinan diri mangsa, malah terdapat kes yang meragut nyawa.

Katanya, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila terdapat pembuli yang menganggap perbuatan mereka sekadar gurauan, sedangkan Islam menganggap setiap ejekan, penghinaan dan perbuatan yang menyakiti orang lain sebagai satu bentuk kezaliman.

Bagi mengukuhkan pandangannya, beliau turut berkongsi kisah ulama tersohor, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi yang menceritakan pengalamannya ketika kecil dihantar oleh bapanya ke halaqah al-Quran untuk menghafaz al-Quran.

Menurut beliau, al-Sya'rawi pernah menceritakan bahawa hanya dengan melihat rotan yang tergantung di hadapan kelas sudah cukup untuk menimbulkan rasa gerun, sekali gus mendorongnya belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat atau malas.

Sehubungan itu, Zulkifli berharap nukilan berkenaan dapat menjadi cetusan fikiran dalam memperkukuh usaha menangani gejala buli secara lebih menyeluruh, bersepadu serta berteraskan adab dan nilai pendidikan.

Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067727 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list