|
View: 475|Reply: 8
|
Tiga kontroversi pengadilan pengadil François Letexier ketika Mesir tewas 3-2 kepada Argentina dalam pusingan 16 terakhir
[Copy link]
|
|
|
Tiga kontroversi pengadilan pengadil François Letexier ketika Mesir tewas 3-2 kepada Argentina dalam pusingan 16 terakhir.
1. Pembatalan Gol Awal Mesir
Pengadil membatalkan gol Mostafa Ziko selepas semakan VAR kerana menganggap pemain tengah Mesir, Marwan Attia, melakukan kekasaran terhadap Lisandro Martinez.
Tindakan VAR menarik keputusan permainan terlalu jauh ke belakang disifatkan peminat dan pemerhati sebagai sangat minimum dan tidak sepatutnya membatalkan jaringan tersebut.
2. Insiden Mohamed Salah Tidak Diberi Penalti
Ketika kedudukan terikat 2-2 dan sebelum Argentina menjaringkan gol kemenangan, Mohamed Salah jelas dijatuhkan di dalam kotak penalti Argentina.
Pengadil François Leerier tidak meniup wisel untuk penalti malah permintaan untuk melakukan semakan VAR juga ditolak.
Pasukan Mesir mempersoalkan konsistensi pengadil, yang sebaliknya pantas memberikan Argentina penalti kontroversi pada separuh masa pertama.
3. Dakwaan Penarikan Jersi Di Penghujung Permainan
Pada masa kecederaan, pemain Mesir Hamdy Fathy dilihat dikasari apabila jersinya ditarik oleh Alexis Mac Allister sebelum beliau jatuh di dalam kotak penalti.
Permainan diteruskan dan pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada Mesir, sementara Argentina terus melancarkan serangan balas dan menjaringkan gol kemenangan.
Menurut undang-undang IFAB, penarikan baju adalah satu kesalahan, dan peminat serta jurulatih Mesir mendakwa perlawanan ini nampak sangat berat sebelah.
Dan satu lagi keputusan yang mencurigakan ialah ketika perlawanan di peringkat kumpulan.
Messi melakukan terjahan lewat (late tackle) di mana stud but bolanya jelas memijak dan membentes bahagian belakang betis Aissa Mandi sehingga pemain itu jatuh kesakitan.
Tetapi Messi tidak dikenakan sebarang hukuman walau kad kuning sekalipun.
Sedangkan kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun terus dilayangkan kad merah.
Kegagalan menghukum Messi dalam kes menentang Aljazair ini, ditambah pula dengan siri keputusan kontroversi terbaharu menentang Mesir menguatkan lagi tuduhan peminat bola, Messi adalah anak emas Fifa.
Sumber : Pesan Atok |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalah byk bunyik plak.... Patut salahkan diri sendiri, dah leading 2-0 pergi bagi Messi pegang bola sapa suruh... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Desperate nak kena bagi Argentina menang sampai mcm tu sekali referee kena masuk campur  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab Argentina ada hak istimewa Bumiputera, kuota VAR dia lebih sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 8-7-2026 04:47 PM
Takkan nak biarkan top goal scorer habis situ mesti seboleh bagi menang kasi lawan Norway france yg juga ada top scorer goal aa gituh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerkentot at 8-7-2026 01:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia klau trump jd presiden Egypt baru blh review keputusan ref, selain dari itu harap maklong je la ye |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak topi kecil..kahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|