CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 14

[Tempatan] Sultan Selangor tidak perkenan solat Jumaat di surau pusat beli-belah

[Copy link]
Post time 8-7-2026 10:52 AM | Show all posts |Read mode



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak memperkenankan mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di negeri ini diberikan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin, berkata ketetapan itu dibuat selaras kuasa prerogatif baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor dalam menentukan hal ehwal pentadbiran agama Islam termasuk kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau atau musolla.

Beliau berkata, walaupun MAIS menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan surau solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara, pelaksanaannya di Selangor tertakluk kepada peruntukan undang-undang negeri.

"MAIS mengambil maklum pendirian Kerajaan Persekutuan melalui kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berhubung cadangan mewujudkan surau solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara.

"Bagaimanapun, penubuhan masjid dan surau serta penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid, surau atau musolla tertakluk kepada kebenaran bertulis MAIS mengikut Seksyen 97 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Sehubungan itu, MAIS dimaklumkan bahawa buat masa ini baginda Sultan tidak memberi perkenan untuk mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di Selangor diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salehuddin berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan yang digariskan sebelum ini.

Beliau berkata kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau atau musolla pusat beli-belah boleh menjejaskan usaha memakmurkan dan mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah utama umat Islam.

"Keadaan itu boleh menyebabkan jumlah jemaah di masjid dan surau solat Jumaat sedia ada berkurangan kerana umat Islam mempunyai pilihan untuk menunaikan solat Jumaat di surau atau musolla di pusat beli-belah.

"Ketika ini terdapat 448 masjid dan 379 surau yang diberikan kebenaran mendirikan solat Jumaat di Selangor.

"Jumlah itu menunjukkan kemudahan sedia ada mencukupi dan mampu menampung keperluan umat Islam di negeri ini. Selain itu, terdapat juga masjid dan surau yang terletak berhampiran pusat beli-belah bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat Jumaat," katanya.

Beliau berkata, solat Jumaat adalah ibadah yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam dan lebih sesuai dilaksanakan di masjid atau surau yang dikhususkan sebagai tempat ibadah berbanding surau atau musolla di pusat beli-belah yang lazimnya menjadi lokasi aktiviti perniagaan, hiburan dan rekreasi.

Katanya, tempoh rehat yang diperuntukkan kepada pekerja juga mencukupi untuk membolehkan mereka menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau berhampiran.

Selain itu, katanya, pemberian kebenaran kepada surau atau musolla di pusat beli-belah untuk mengadakan solat Jumaat turut memerlukan perhatian terhadap aspek pelantikan imam, bilal dan petugas lain serta pengurusan dan tadbir urus yang mematuhi dasar dan peraturan MAIS.

"Jika petugas surau kebenaran solat Jumaat di pusat beli-belah tidak dilantik oleh MAIS, ia akan menyukarkan aspek pemantauan dan kawalan, termasuk memastikan pematuhan serta keseragaman pembacaan khutbah Jumaat yang disediakan MAIS," katanya.

Salehuddin berkata, ketika ini hanya sebuah surau atau musolla di pusat beli-belah di Selangor diberikan kebenaran sementara untuk mendirikan solat Jumaat kerana tiada masjid berhampiran.

Beliau berkata, kebenaran sementara itu akan ditarik balik sekiranya sebuah masjid dibina berhampiran lokasi berkenaan yang mampu menampung keperluan penduduk Islam setempat.

Katanya, ketetapan Sultan Selangor itu selaras dengan usaha memperkukuhkan fungsi masjid sebagai pusat ibadah utama, penyebaran ilmu dan dakwah.

"MAIS menyeru seluruh umat Islam di Selangor supaya terus mengimarahkan masjid dan surau agar institusi itu kekal menjadi pusat perpaduan umat Islam," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 11:46 AM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 8-7-2026 11:49 AM
Salehuddin berkata, ketika ini hanya sebuah surau atau musolla di pusat beli-belah di Selangor diberikan kebenaran sementara untuk mendirikan solat Jumaat kerana tiada masjid berhampiran.



adakah merujuk kepada surau ioi city mall putrajaya (dlm daerah sepang) since 2024 buat solat jumaat

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 11:57 AM | Show all posts
kat selangor ada x surau jumaat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:28 PM | Show all posts
Keadaan itu boleh menyebabkan jumlah jemaah di masjid dan surau solat Jumaat sedia ada berkurangan

Tak. Kalau tak ada surau jumaat yang dekat, dorang ponteng ja. Lagi pun kalau kurang kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 8-7-2026 12:55 PM

Sepatutnya keluarkan perintah cuti hari Jumaat supaya semua boleh imarahkan Masjidil Kariah Sujud Jame' Jamaah masing masing.

Kena ada sifat Ihsan fahami rakyat, bukan on paper je. Tu lebih kepada menghukum.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 8-7-2026 11:57 AM
kat selangor ada x surau jumaat?

Berlambak. Aku pun solat di surau jumaat sebab dekat dengan rumah. Masjid ada tapi jauh dan kena drive dan tak cukup parking.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2026 02:31 PM | Show all posts
kalau cukup 40 org boleh je...MAIS pun dah endorsed.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 02:48 PM | Show all posts
Janji org g solat jumaat tu yg penting

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 03:41 PM | Show all posts
Jika ada surau - kenapa dilarang.

Siapa penasihat ugama dia.

Rohingya ke atau Bangla?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 03:50 PM | Show all posts
kl no comment, tapi kalau selangor, takde keperluan pun... mall selangor ada je surau/masjid berdekatan... IOI tu? tu satu je la kot terpinggir..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 8-7-2026 02:48 PM
Janji org g solat jumaat tu yg penting

Ye keling pacak kuil merata rata Sultan Selangor tak complaint pun.

Kalau orang Melayu kemain itu ini tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tehran at 8-7-2026 04:15 PM

Tak boleh buat solat jumaat ikut suka saja. Solat jumaat wajib buat di masjid jamek.  Masjid Jamek maksudnya masjid yg di iktiraf untuk solat jumaat. Solat jumaat kena ambil kira khairiah masing-masing seramai 40 orang. Tak cukup 40 orang xboleh buat solat jumaat. Orang luar kawasan tumpang solat jumaat situ tak di ambil kira dalam kiraan 40 orang.
  Siapa yg celaka sangat nak khianat agama Allah?  Laknat Allah ke atas ko yg jahat  .
  Yg baca khutbah , rukun khutbah ..ko ingat main  buat saja ke...haramjaddah betul...celaka manusia yg mempersenda agama Allah.

      
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm mall mmg tak sesuai la
sempit kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tehran replied at 8-7-2026 04:14 PM
Tak boleh buat solat jumaat ikut suka saja. Solat jumaat wajib buat di masjid jamek.  Masjid Jamek m ...

Jangan cepat sangat mencelakakan orang. Banyakkan membaca & menuntut ilmu.

Mmg klu ikut mazhab Syafii, ia tidak sah. Tapi ada pandangan mazhab lain dan fatwa kontemporari yang membenarkannya dalam keadaan tertentu.

Klu ikut mazhab hanafi, bilangan minimum yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu imam berserta 3 orang jemaah yang lain (jumlah keseluruhan 4 orang), dan mereka tidak disyaratkan mestilah mustautin.

Mazhab Maliki pula, Bilangan minimum adalah 12 orang jemaah lelaki yang bermastautin/bermukim, yang mana sebuah kariah atau perkampungan boleh berdiri dan hidup dengan jumlah tersebut.

Klu hg ingat zaman covid dulu, solat Jumaat diadakan walaupun jemaah kurang 40 org.

Berkenaan solat jumaat ditempat selain masjid, dlm Mazhab Syafi'i, syarat sah tempat mendirikan solat Jumaat adalah ia mestilah dilakukan di kawasan binaan (al-abniyah) yang menjadi tempat tinggal jemaah, sama ada diperbuat daripada batu, kayu, atau buluh. Tidak disyaratkan ia mesti sebuah bangunan yang diwakafkan sebagai masjid. Solat Jumaat sah dilakukan di surau, dewan orang ramai, sekolah, atau kawasan lapang yang berbumbung, asalkan ia berada dalam kawasan penempatan/kariah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 8-7-2026 03:59 PM
Ye keling pacak kuil merata rata Sultan Selangor tak complaint pun.

Kalau orang Melayu kemain it ...

Sori tergelak sat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050602 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list