Edited by Tumpang-Sibok at 6-7-2026 04:31 AM
KLUANG – Naratif yang dimainkan bahawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor akan menyebabkan pembebasan Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan langsung kerana bukan berlaku pertukaran Perdana Menteri.
“Ia menjadi hak mutlak Yang di-Pertuan Agong sama ada membebaskan atau tidak dan saya percaya kalau Boss Ku (Najib) dibebaskan, pasti ramai yang gembira,” kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Nazifuddin Mohd Najib.
Beliau yang juga anak Najib itu berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Bual Bicara Santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Melayu II di sini hari ini.
“Jika ada yang terkesan dengan kemenangan BN nanti dan ingin meletakkan jawatan ia diterima dengan rasa besar hati malah jika ingin berbuat demikian sekarang juga amat digalakkan,” kata Nazifuddin.
Dalam pada itu, beliau berkata jika BN mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini, ia adalah isyarat rakyat sudah kembali kepada gabungan parti berkenaan.
Beliau berpendapat, kemenangan besar itu nanti membawa mesej bukan sahaja rakyat Johor tetapi juga seluruh negara kini kembali menyayangi BN.
MalaysiaGazette
|