CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 6

Sifat matang Tok Ram bikin 'cair' - Alyah

[Copy link]
Post time 5-7-2026 02:33 PM | Show all posts |Read mode



Sifat penyayang pada Datuk Ramli MS, 68, membuat lelaki itu amat istimewa di hati penyanyi Datin Alyah, 45, walaupun kadang kala berlaku percanggahan pendapat antara mereka.


Malah, maestro muzik terkenal itu juga dilihat rajin ke dapur untuk memasak dan video Ramli menyediakan hidangan enak untuk keluarga sering dikongsi Alyah pada hantaran dimuat naik di media sosial.


"Apa pun, Allah SWT yang aturkan saya berjumpa dia (Ramli) selepas menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab. Kami kenal, tetapi ketika itu saya tiada impian untuk berkahwin dengannya, namun, inilah jodoh.


"Malah, istimewanya Tok Ram (panggilan mesra Ramli) ini, dia yang berwajah serius boleh melayan budak kecil dengan baik termasuk anak-anak saudara saya," katanya.


Menurut pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan ini, dia bersyukur dipertemukan jodoh mereka dan kini berlapang dada selepas dapat mengharungi cabaran rumah tangga.


Alyah dan Ramli bernikah pada 18 Mac 2013 dan mereka kini memiliki seorang anak angkat perempuan, Nur Izzara, 2, sekali gus menjadi pengikat kasih.


Sementara itu, pelakon Zarina, 55, mengakui bahagia menyulam cinta bersama suami, Datuk Seri Dr Abu Raihan Wan Jaafar, 68, walaupun sebagai isteri kedua.


Dikurniakan empat cahaya mata lelaki hasil daripada rumah tangga dibina pada 13 Julai 1993, Zarina menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang jujur dan berterus-terang untuk bermadu.


"Ketika saya mula kenal dengan suami dulu, umur saya baharu 22 tahun. Waktu itu, saya juga takut nak berkawan dengan lelaki sebab saya rasa semua jahat dan suka nak ambil kesempatan.


"Tetapi, jujurnya suami saya apabila dia sanggup bercerita kisah cintanya dengan isteri (pertama) dari zaman sekolah. Saya suka dengar cerita dia sayangkan isterinya dan ajak bawa berjumpa kalau nak berkahwin dengan saya.


"Saya bertujuan mahu minta izin sendiri dengan isteri pertama. Dia (suami) berani bawa saya berjumpa isterinya. Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada madu dan suami.


"Walaupun saya dan suami tidak mula dengan bercinta, tetapi kasih sayang itu hadir sendiri. Perempuan perlu apa? Perlu dihormati, dihargai, dan disayangi, selebihnya kita boleh usaha.


"Saya jatuh hati dengan keikhlasan suami. Dia juga matang, adil dan memahami menjadikan rumah tangga kami bertahan walaupun berkongsi kasih dengan isteri pertama," katanya.


Manakala, Datin Paduka Eina Azman memilih Datuk Kaiser Gurmeet sebagai teman hidup pada usianya 19 tahun dan kini sudah 12 tahun hidup bersama.


Kehadiran sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 10, ternyata mengerat kasih dan membawa bahagia buat pasangan suami isteri berjarak usia 16 tahun ini.


Eina, 31, berkata, dia membuat keputusan berkahwin pada usia masih muda kerana tidak mahu bercinta lama tanpa ikatan sah."Semua berbalik kepada jodoh.


Kami bercinta, saling menerima dan menyayangi. Apa yang lebih penting dalam hubungan, kami dapat restu keluarga.


"Alhamdulillah, semua urusan pernikahan kami dipermudahkan Allah dan lancar. Selepas berkahwin, suami saya seorang yang dilihat menghargai isteri terutama makan hidangan yang saya masak.


"Suami juga suka memanjakan saya, sabar dan berlembut dalam banyak hal walaupun perbezaan umur kami agak jauh," katanya.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2026 10:34 AM | Show all posts
Mabokkkkk ke TT? siap ada cerita kak long pulut kuning dengan eina azman sekali...kau dah kenapaaaaaaaa hahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2026 03:33 PM | Show all posts
wakakkakakakakaa last last cita pasal sape?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2026 04:28 PM | Show all posts
dh kenapa pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2026 04:41 PM | Show all posts
MABUKKKK KETUMMMMNG KER TT NEH
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2026 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel ketum hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2026 07:50 AM | Show all posts
Edited by prince_marhaen at 6-7-2026 01:52 PM

HAHAHAHAHAHA memang 100% c&p ye, takde edit langsung....memang artikel ni keluar kat HM online.

WARTAWANNNNNNNNNN MABOKKKKKKKKKKK!!!

Headline Alyah & Tokram, tiba2 ada cerita ZZ & EA... apoooo segmen cinta tak kenal wajah & usia ke? wartawan nak kata laki diorang tua & buruk ke? Siallll lahh wartawan pondan sekaranggg!! hahaha

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2026/07/1379624/sifat-matang-tok-ram-bikin-cair
Wartawan :
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051973 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list