CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 1

[Tempatan] Video tular Perodua Aruz, tayar pecah punca kemalangan

[Copy link]
Post time 17-6-2026 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Video tular Perodua Aruz, tayar pecah punca kemalangan
Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
17 Jun 2026, 9:08 pm

Tangkap layar video sebuah Perodua Aruz yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kepong, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan video tular memaparkan sebuah Perodua Aruz merah yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kepong di sini berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan selepas dua tayar pecah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 6 Jun lalu.

Menurut beliau, siasatan mendapati kenderaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan selepas tayar hadapan kanan dan tayar belakang kiri pecah.

“Akibat kejadian itu, kenderaan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan sehingga mengalami kerosakan pada bahagian hadapan termasuk bumper, bonet, lampu, fender, rim serta tayar hadapan dan belakang.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada pukul 1.15 pagi, sepasukan anggota unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah mengesan kenderaan berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Kepong.

Katanya, kenderaan tersebut kemudiannya berjaya ditahan di hadapan sebuah premis di Jalan Barat, Jinjang Utara bagi tindakan lanjut.

“Hasil semakan mendapati pemandu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing yang dijalankan adalah negatif.

“Kenderaan itu turut dirampas bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Mohd. Zamzuri berkata, pihaknya mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial adalah merujuk kepada kemalangan sama dan laporan polis telah dibuat pada 8 Jun lalu selepas kenderaan tersebut ditahan.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Sehubungan itu, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

           



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2026 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tidak punya rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing -ve

dh tau tayar pecah berenti tepi la,wat pe nk teruskan perjalanan. cari nahas namanya tu. nk kata x perasan xkan la kot sbb dua biji tayar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.101867 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list