|
View: 796|Reply: 12
|
[Tempatan]
El Niño Dijangka Landa Malaysia Dalam Tempoh Terdekat - METMalaysia.Anda bersedia?
[Copy link]
|
|
|
El Niño Dijangka Landa Malaysia Dalam Tempoh Terdekat - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sedang memantau secara rapi perkembangan fenomena El Niño yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027.
Ketua Pengarah METMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, berkata fenomena tersebut dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada kebiasaan, khususnya sepanjang musim Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September 2026.
Menurut beliau, keadaan itu berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, sekali gus meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan laman sesawang rasmi METMalaysia.
Mereka juga digalakkan menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka bagi mengurangkan risiko kebakaran dan pencemaran udara.
Mohd Hisham berkata METMalaysia akan terus komited menyediakan maklumat cuaca yang tepat dan tepat pada masanya bagi membantu negara membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang risiko cuaca ekstrem yang mungkin berlaku pada masa hadapan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tadi ai tgk nius antartika 18.5 degree Celsius.. sian pengiun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg x de Aircond lagi..boleh beli dgn akak...ada promo RM12 discount selama 1 tahun..1.0hp RM103, 1.5hp RM113...contract 5 tahun..free servis dan mentenen |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni jemur baju 3 kali sehari pung rangup bak hang...
Anak iols eczema..mmg kena sediakan krim melaleuca untuk dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut rasa panas terik walaupun hujan. Selalu musim hujan pokok tak pyh siram, ni kena siram jugak. Igt kot dah habis tempoh kering rupanya sambung dgn el nino, lambat lagi nk habis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca kita ni asyik panas je yang banyak. Cer tukar cuaca sejuk dan nyaman pulak yg banyak hari, teringin nak bersweater pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aik panas sampai awal tahun depan? rasanya kita baru je lepas hadap musim panas, kan ke patut hujung tahun ni musim sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Panas ka sejuk ka itu office sentiasa winter dinosaur berebut ekon suhu 16 darjah sampai kena ada tambahan baju winter x tahan winter pi pindah meja kerusi di koridor dinosour sorang2 dalam ofis ekon 16 darjah, kalau x boleh hidup suhu 25-30 buat apa nenek moyang pindah malaysia patut stay negara asal atau pindah Vietnam suhu sentiasa 16-27 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aritu tgk live zra , heols ckp musim panas + demam denggi. Bwh berita el nino+ aedes 10 thn lepas. Neway masa penyembur denggi dtg rumah, heols cakap telur nyamuk boleh bertahan lama dlm keadaan kering. Bila kena air je terus menetas.
CUACA panas, kering dan suhu tinggi akibat fenomena El Nino yang melanda negara sehingga Mac ini dikatakan menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi sehingga sebanyak 50 peratus.
Kitaran hidup nyamuk aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa menjadi semakin singkat, iaitu kurang daripada tujuh hari menyebabkan populasi nyamuk meningkat.
Cuaca panas turut menjadikan nyamuk lebih aktif dan meningkatkan frekuensinya untuk menggigit mangsa selain penyebaran virus denggi menjadi lebih luas. Kemarau akibat El Nino pula memaksa masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian, sekali gus meningkatkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
https://www.bharian.com.my/taxon ... t-dalam-cuaca-panas
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 15-6-2026 08:40 AM
coway ke kak
Cuckoo..haha...tp coway pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa jaga kesihatan chuollss. minum air banyak2. skg ramai sakit2 dah kat opis aiol. aiol pun baru baik demam seminggu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah pg ni hujan lebat...sejuk angin |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|