Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211045   





Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menerima kejutan istimewa kereta GT-R R35 daripada isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.


Izzue dan Awin juga turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 pada tarikh yang sama iaitu 2 Jun.


Menurut Izzue hadiah paling berharga dalam hidupnya bukan kereta berkenaan tetapi isterinya yang sentiasa ada disisinya ketika susah dan senang.


  



“Orang nampak aku dapat GTR. Tapi apa yang orang tak nampak, aku sebenarnya dah dapat hadiah paling besar sejak 13 tahun lalu. Nama dia, Awin Nurin.


“Sebab kereta boleh dibeli. Tapi 13 tahun kesetiaan, 13 tahun bertahan, 13 tahun menyokong ketika aku jatuh & bangun, Itu bukan semua orang mampu bagi!” tulisnya.


Sementara itu, Izzue berkata meskipun mereka belum dikurniakan zuriat namun isterinya sentiasa menerangi hidupnya.


“Kita mungkin belum dikurniakan cahaya mata, tapi Allah bagi aku seorang isteri yang tak pernah berhenti jadi cahaya dalam hidup aku,” katanya.
1859 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


KamikuP Lv.12 2#

Defender | Credits 11490   
Moga abe jue dikurniakan zuriat satu hari nanti. InsyaaAllah AAmin

becir Lv.12 3#

Defender | Credits 14665   
Perlu ke statement last tu, pfft

Gianna111 Lv.8 4#

Honour | Credits 2687   
ini bukan kisah mereka ya.. ini kisah kawan i yang close dengan i.dah kawen 12 tahun dan tak ada anak. dia dan husbnad childfree .tapi sentiasa wayang depan family sebab dia tahu family both side tak akan faham dengan pendirian mereka untuk childfree.
wayang yang mereka buat adalah..hahahah pergi berubat untuk dapatkan anak.. cakap nk try ivf di tempat tertentu..hakikatnya macam kawan i kata.. memang tak nak la ada anak pun.
Follow Us

Cece1234 Lv.9 5#

Adventurer | Credits 3922   
Quote: Gianna111 replied at 12-6-2026 03:55 PM
ini bukan kisah mereka ya.. ini kisah kawan i yang close dengan i.dah kawen 12 tahun dan tak ada ana ...

Lah kesiannya kawan u nak kena berlakon mcm tu..i dah kawin 11 tahun and childfree..family both side semua tahu and dorg xberani cakap apa depan2..xtaula kalo blkg ada mengata..like i care..

Gokuuu Lv.4 6#

Keeper | Credits 436   
Bagus izzu ni..dia x guna pun alasan utk kahwin lain sebab takde anak...sama la pakcik i kat kg..isteri rupanya ada cyst dlm ovari tu psl tak boleh mengandung..one day sakit perut sgt2..cek..ada cyst besar ..operate terus buang sebelah ovari..
Pakcik i setia je dgn isterinya xde nak kahwin lain ke apa..
Depends la pd org kan..anyway semoga 1 hari  izzu awin ada anak sendiri

Gokuuu Lv.4 7#

Keeper | Credits 436   
Quote: Cece1234 replied at 13-6-2026 07:07 PM
Lah kesiannya kawan u nak kena berlakon mcm tu..i dah kawin 11 tahun and childfree..family both si ...

Actually apa yg buat uols nak childfree tu..nak juga tahu..mmg nak forever free ke atau 1 day nak juga (tanya dgn nada ingin tahu)

ADVERTISEMENT


samssi Lv.9 8#

Adventurer | Credits 4258   
maaf lah mencelah komen ni.. jgn kecam saya.. saya menulis nada yg baik2 sahaja.. kenapa kna tgk belah bini izzue ye... lelaki subur ke? takan nk citer kan.. so biarlah persepsi tu jatuh kt bini je kan...
aku tgk nurin ni garang juga kan ms live izzue ni..klu ada pmpuan yg pelik2 join

missmarvolo Lv.8 9#

Honour | Credits 2110   
kalau xde cerita dah nak cerita dekat wartawan dengan public, diam2 jela. lagi konon kau cerita itu ini, lagi banyak nurtizen menggali maklumat yg tak perlu, yg sememangnya mengundang aib buat kau dan isteri.

supernaturalee Lv.17 10#

Superior | Credits 57039   
tak habis2 pasal ni

takde modal lain ke?

nak kata sendu, bnyk je job die ni


noor2 Lv.20 11#

Legenderer | Credits 165153   
Subhanallah...bertuah nya wife dia....dan bertuahnya dia dpt wife yg baik

Cece1234 Lv.9 12#

Adventurer | Credits 3922   
Quote: Gokuuu replied at 15-6-2026 08:35 AM
Actually apa yg buat uols nak childfree tu..nak juga tahu..mmg nak forever free ke atau 1 day nak  ...


Mmg nak forever childfree..i tak berminat la nak membesarkan manusia lain..nak kena jaga nak kena besarkan nak kena bg makan nak kena bg didikan..nak kena fikir hantar sekolah mana..dah sekolah nak kena attend perjumpaan parents teacher..kena pegi mesyuarat pibg bagai..oh no this is too much! i just cant deal with this kind of thing

ReginaGeorge Lv.12 13#

Defender | Credits 12289   
Makin lama makin lembut pula i tgk izue ni

pasubungaa Lv.9 14#

Adventurer | Credits 4240   
tahniah

Gokuuu Lv.4 15#

Keeper | Credits 436   
Quote: Cece1234 replied at 16-6-2026 08:47 PM
Mmg nak forever childfree..i tak berminat la nak membesarkan manusia lain..nak kena jaga nak kena  ...

Faham...i feel u...mmg payah nak besarkan budak2...anyway  apa pun moga u bahagia dgn cara sendiri...kita yg corakkan hidup kita sendiri

All contents are displayed