CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 229|Reply: 0

PRN Negeri Sembilan: DAP kekal lebih separuh daripada penyandang sebagai calon - Anthony Loke

[Copy link]
Post time 10-6-2026 03:46 PM | Show all posts |Read mode




SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan akan mengekalkan lebih separuh daripada penyandang sedia ada sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata senarai calon parti itu kini di peringkat akhir dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi.

Beliau berkata parti itu juga berhasrat menampilkan beberapa muka baharu pada pilihan raya kali ini bagi mempertahankan 11 kerusi dimenangi pada PRN lepas.

"Senarai calon akan diumumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada mereka membuat persiapan dan menyesuaikan diri dengan kawasan yang bakal ditandingi, khususnya calon baharu.

"Mana-mana wakil rakyat yang digantikan perlu membantu serta menyokong calon baharu bagi menjamin kemenangan dan mengekalkan kekuatan parti," katanya selepas merasmikan Skrin Elektronik Lobak di Dataran Lobak, di sini hari ini.

Sebelum ini, Loke yang juga Pengerusi DAP negeri itu dilaporkan berkata beliau akan mempertahankan kerusi DUN Chennah pada PRN kali ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

PRN Negeri Sembilan 2023 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan BN membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi dan BN memperoleh 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN selepas Johor berbuat demikian pada 1 Jun.

Dalam pada itu, Loke berkata setakat ini DAP Johor belum menyerahkan senarai penuh nama calon mereka untuk dimuktamadkan bagi menghadapi pilihan raya itu.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.175225 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list