Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Pelawak dan penyampai radio, Johan berkata dia dan isterinya, Ozlynn sudah membuat perancangan awal untuk masa depan anak-anak mereka terutama dalam soal pendidikan.

Memetik mStar Online, Johan berkata tiada ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka susah namun dia dan Ozlynn mahu anak merasai kesusahan agar menghargai kesenangan yang diperoleh.

“Pendidikan anak-anak tanggungjawab ibu bapa, tapi untuk lifestyle mereka belum tentu kita akan tanggung.

“Ibu bapa mana nak bagi anak mereka susah? Tiada.

“Tapi saya dan Ozlynn nak bagi anak-anak rasa susah supaya mereka hargai bila dah senang.

“Saya dah bekalkan pendidikan, agama. Selagi kami celik mata, harta tak ada untuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Ozlynn berkata semakin berusia pendekatan mereka dalam membesarkan anak-anak juga kini berubah dengan komunikasi lebih terbuka.

“Bila dah makin berusia ini kami rasa nak hidup dengan tenang, anak pun makin besar, tiada lagi jerit atau rotan untuk mengajar.

“Sekarang lebih kepada mendidik dan bercakap… pijak ke terajang dah tak sesuai. Kita ajar mereka berfikir sebelum lakukan sesuatu,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
573 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


prince_marhaen Lv.11 2#

Highlander | Credits 8549   
"Ozlynn berkata semakin berusia pendekatan mereka dalam membesarkan anak-anak juga kini berubah dengan komunikasi lebih terbuka..."


Ooo...patutlah dah berani bawak gelprennn sama muka mak ke hulu ke hilir, bawak balik rumahhh.... gittewww...

putribonda Lv.8 3#

Honour | Credits 2041   
aku taktau la hati hitam sangat ke mcm mana.
tp aku rasa cringe bila dia duk share anak2 solat la mengaji la.
asyiklah duk up pasal 1 family solat lah apa.
mmg benda tu wajib tak perlu bagitau 1 dunia kot.
nak meriak ke mcm mana eh.
ya Allah ampuni akuuuu.huwaaa.salah ke aku rasa dia nak meriak weiii.

KamikuP Lv.12 4#

Defender | Credits 11511   
MMM... boringgg..... terpaling parenting

All contents are displayed