CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 348|Reply: 0

[Bakat & Ruangan Penulis] Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar 2 Tingkat Lot Tengah Melebihi Had Anjakan MBSA di Shah Alam

[Copy link]
Post time 7-6-2026 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by imosdesign at 7-6-2026 09:52 PM

Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar 2 Tingkat Lot Tengah Melebihi Had Anjakan MBSA di Shah Alam





Assalamualaikum & salam sejahtera!


Paparan Video di atas menunjukkan
Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar 2 Tingkat Lot Tengah Melebihi Had Anjakan MBSA

yang ada tanah kosong tepi selebar 10' di kawasan Shah Alam.

Jika anda adalah pemilik rumah berkembar jenis lot tengah, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda jika ingin membuat tambahan rumah berkembar melebihi had anjakan di masa akan datang.
Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar 2 Tingkat Lot Tengah Melebihi Had Anjakan MBSA adalah seperti berikut;-
WARNA MERAH - TAMBAHAN NORMAL YANG DIBENARKAN DALAM HAD ANJAKAN MBSA
WARNA BIRU - TAMBAHAN MELEBIHI HAD ANJAKAN & DIBENARKAN DENGAN SYARAT BAYAR DENDA MBSA

a. Denda tambahan tingkat bawah melebihi had anjakan - RM1400
b. Denda tambahan tingkat atas melebihi had anjakan - RM1200

- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar depan jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah porch baru

- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar depan jika menambah ruang bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah balkoni baru. Tambahan balkoni dikenakan denda RM1200 kerana melebihi anjakan 20'
- Balkoni tidak boleh ditutup dengan kaca atau dinding & perlu dibiarkan terbuka

- Had tambahan tepi melebihi anjakan 10' dibenarkan sehingga 5' sahaja & perlu tinggalkan jarak tanah kosong 5' antara tiang baru dan pagar tepi yang berkongsi dengan jiran.
- Tambahan tepi tingkat bawah hanya dibenarkan bina tiang & teres terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan tepi tingkat atas hanya dibenarkan bina tiang & balkoni terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan tepi tingkat bawah & atas melebihi anjakan 10' dikenakan denda oleh MBSA.
- denda tambahan tepi tingkat bawah; RM1400, denda tambahan tepi tingkat atas ialah RM1200

- Had tambahan belakang melebihi anjakan 10' dibenarkan sehingga 5' sahaja & perlu tinggalkan jarak tanah kosong 5' antara tiang baru dan pagar belakang.
- Tambahan belakang tingkat bawah hanya dibenarkan bina tiang & teres terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan belakang tingkat atas hanya dibenarkan bina tiang & balkoni terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan belakang tingkat bawah & atas melebihi anjakan 10' dikenakan denda oleh MBSA.

Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah berkembar lot tengah di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.

Rujukan yang disyorkan, klik link dibawah;





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037662 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list