Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

piyek92 Lv.7

Fav
Revolutioner | Credits 1502   



Penerbit terkenal, Datuk A Aida berkata penyanyi Ameng Spring mempunyai hak untuk menegur mengenai penampilan anak mereka, Azeva yang tidak mengenakan hijab.

Memetik mStar Online, Aida berkata Ameng sudah menjalankan tanggungjawab menegur Azeva namun anak mereka sudah dewasa untuk membuat pilihan.

“Dia (Ameng) berhak menegur dan bagus dia menegur. Ameng sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Kita doakan yang baik-baik buat Azeva.

“Sebagai ibu, saya pun mahukan yang terbaik buatnya. Namun Azeva pun sudah besar dan tahu tentang penampilannya. Mungkin hidayah belum sampai,” katanya.

Sementara itu, Aida turut meminta orang ramai tidak terlalu cepat menghukum serta tidak melemparkan kata-kata kesat terhadap Azeva.

“Don’t judge a book by its cover. Walaupun tak memakai tudung, Azeva tak pernah tinggal solat,” katanya.

Terdahulu, Ameng berkata dia sudah memberi teguran kepada anak perempuannya ituberkenaan soal menutup aurat. Ameng berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberikan nasihat.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
631 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch