CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 1

Hidap autoimun hipertiroid, Andi Bernadee ‘telan’ 15 pil sehari - “Sekarang berat badan saya sudah naik 67kg, masa sakit turun sampai 46kg"

[Copy link]
Post time 4-6-2026 10:04 AM | Show all posts |Read mode





Mengalami penurunan berat badan sehingga 46 kilogram (kg), penyanyi Andi Bernadee mendedahkan harus mengambil 15 jenis ubat sehari sebagai rawatan penyakit autoimun hipertiroid yang dihidap sejak setahun lalu.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, berkata pil yang perlu diambil sejak didiagnos pada akhir tahun lalu membantu merawat keadaan kesihatannnya yang merosot secara mendadak.

“Sekitar tahun lalu kesihatan saya tidak menentu tetapi saya masih larat memenuhi undangan pantas sehingga saya hadiri persembahan di sebuah pusat pengajian tinggi. Tangan saya menggeletar serta turut semput.

“Sebelum itu banyak simpton lain termasuk gusi bernanah, bawa kereta tak boleh tekan pedal minyak sebab menggigil. Tengah tidur pula boleh menjerit kerana kekejangan. Jadi saya jumpa pakar dan selepas siri ujian, saya disahkan autoimun hipertiroid.

“Apabila hormon berlebihan, ia serang organ-organ lain. Sebenarnya penyakit ini kerap serang wanita. Berat pun dah okey.

“Dahulu telan 15 biji pil, sekarang dua sahaja sehari,” katanya selepas majlis pra-dengar album sulung, Ding Geding, di Universal Music Malaysia, hari ini.

Mengenai keadaan fizikalnya yang tampak semakin segar, katanya dari 46kg kini dia dapat ke angka 67kg iaitu hampir mencapai berat badan ideal.

“Sekarang berat badan saya sudah naik 67kg, masa sakit turun sampai 46kg. Kiranya bermula Disember 2025, berat badan saya sekitar 20 kilogram.

“Hakikatnya sudah hidup dengan penyakit ini lebih setahun, cuma saya menafikan dan tetap teruskan kerja seperti biasa pergi ke set dan menyanyi.

“Kini saya dalam proses pemulihan, alhamdulillah dapat kembali bekerja dan promosi album sulung saya ini. Saya pun aktif dalam aktiviti riadah macam picklerball untuk kembalikan stamina,” ujarnya.

Mengulas tindakan berselubung di sebuah premis, baru-baru, Andi berkata ia dilakukan  bagi mengelakkan perhatian ramai terhadap perubahan fizikalnya berbanding album.

“Sebelum ini saya ada juga keluar rumah, tapi tak adalah berselubung. Kalau keluar saya pakai topi dan pelitup muka, mungkin sebab itu ramai tak perasan.

“Berkenaan tindakan berselubung, saya memang sengaja berbuat demikian kerana pada waktu itu teaser video Ding Geding sedang berjalan. Saya tak nak orang keliru.

“Nanti orang kata ‘kejap nampak badan lain, dalam video lain pula’, siap tuduh saya buat macam-macam. Jadi saya cuma nak elakkan benda itu,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2026 12:30 PM | Show all posts
Get well soon. Moga ada sambungan cerita Boleh Saya Bantu 3.. loveeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064132 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list