CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1348|Reply: 20

[Tempatan] Tong Gas Isi Belon Kanak2 Meletup Di Ekspo ~ 1 Maut 3 Cedera

[Copy link]
Post time 22-5-2026 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah tong gas helium meletup di tapak ekspo berhampiran SP Plaza, di sini pada Khamis malam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Azmi Ahmad yang berusia 42 tahun maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa lelaki cedera iaitu masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun.

Difahamkan, tong gas helium berkenaan digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan di tapak ekspo terbabit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 7.52 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.05 malam dan mendapati benar berlaku letupan melibatkan sebuah tong gas jenis helium.

“Letupan itu melibatkan satu tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak sehingga menyebabkan empat mangsa terlibat.

“Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala tiga lagi mangsa cedera ringan,” katanya pada Khamis.

JBPM Kedah berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Menurutnya, operasi turut melibatkan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2026 02:19 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 10:02 AM | Show all posts
helium ni memang bahaya klu tak handle dgn betul

that's why la bnyk hotel tak bagi guna dlm premis dorang



ni tah ape la yg trigger sampai meletup tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 10:03 AM | Show all posts
Chemically, pure helium is a noble, inert gas, meaning it is non-flammable and cannot cause a chemical explosion. However, "helium explosions" do happen and are typically caused by physical over-pressurization of containers, the ignition of cheaper, unauthorized substitute gases (like hydrogen), or extreme temperature changes.


5. Extreme Atmospheric Pressure DropsWhat happens:

As helium-filled weather or toy balloons rise into the atmosphere, the surrounding air pressure decreases.

The trigger:

The helium gas inside expands rapidly until it exceeds the stretching capacity of the balloon material, resulting in a sudden burst.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 10:40 AM | Show all posts
yang mati tu tauke belon ke atau pengunjung?
kesian terburai putus tangan bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 11:03 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2026 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu akhbar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 11:00 AM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga dipermudah segala urusan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2026 11:07 AM | Show all posts
haramkan jela penjualan belon guna gas2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-5-2026 10:40 AM
yang mati tu tauke belon ke atau pengunjung?
kesian terburai putus tangan bagai..



SUNGAI PETANI – Seorang peniaga air balang terpelanting sejauh kira-kira 100 meter sebelum maut dalam keadaan mengerikan setelah terkena serpihan tong gas helium yang meletup di tapak ekspo makanan berhampiran Dataran Jam Besar, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa, peniaga air kopi balang, Azmi Ahmad, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas putus tangan kanan selain cedera parah di bahagian perut.

Selain mangsa, seorang peniaga berusia 49 tahun pula parah di bahagian perut, manakala dua lagi peniaga yang berumur 16 dan 36 tahun cedera ringan akibat terkena serpihan tong gas yang sama.

Mangsa yang cedera dalam kejadian itu, Khairul Shakirin Saad, 36, berkata, 10 minit sebelum kejadian berlaku, dia sedang berbual dengan mangsa serta beberapa rakan peniaga lain di belakang sebuah khemah berdekatan tandas awam di tapak ekspo itu.

“Selepas habis berbual, saya dan rakan kemudian bergerak ke khemah jualan masing-masing sebelum berlaku satu letupan kuat dari arah tandas yang dipercayai berpunca daripada letupan satu tong gas helium yang diletakkan peniaga belon di situ.

“Serpihan kecil tong gas yang berterbangan itu terkena pinggang saya dan dua rakan lain, manakala mangsa yang sedang berjalan pula terpelanting sejauh lebih kurang 100 meter ke dalam sebuah gerai akibat terkena serpihan lebih besar,” katanya.

Menurut peniaga air balang itu, beberapa buah kereta yang diparkir berdekatan lokasi kejadian turut rosak akibat terkena serpihan tong gas helium.



Katanya, beberapa peniaga bersama pengunjung ekspo cuba memberikan bantuan kepada dua lagi peniaga yang cedera, manakala Azmi yang baru petang kelmarin menyertai karnival itu dilihat tertiarap dengan kesan kecederaan parah pada perut dan tangannya.

“Saya yang dibantu rakan kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran sebelum ketibaan pihak polis sejurus kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan orang awam, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, pihak kami menemukan seorang lelaki terbaring dengan kesan kecede­raan parah di perut dan tangannya. Mangsa telah disahkan me­ninggal dunia.

“Selain tiga mangsa yang tercedera dalam kejadian itu, kita percaya terdapat peniaga lain atau pengunjung yang turut me­ngalami kecederaan ringan, tetapi mereka telah meninggalkan tapak ekspo,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut polis kemudian membawa kepada penahanan dua lelaki berumur 20-an dan 40-an yang dipercayai peniaga belon serta pemilik tong gas itu.

“Kedua-dua mereka telah ditahan kerana dipercayai boleh membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan, manakala siasatan kematian Azmi diklasifikasikan sementara sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah dan kita berharap saksi lain tampil untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 06:16 PM | Show all posts
kucingitam replied at 23-5-2026 11:07 AM
haramkan jela penjualan belon guna gas2 ni..

haramkan juga pisau, motorsikal dan api.



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 22-5-2026 10:02 AM
helium ni memang bahaya klu tak handle dgn betul

that's why la bnyk hotel tak bagi guna dlm premis  ...

helium setau aku gas lengai. x terbakar cuma mahal harganya. nk murah diaorg biasa guna  hidrogen. mmg risiko meletup lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 01:40 AM | Show all posts
Edited by botok at 24-5-2026 01:41 AM

Walaupun gas helium tu inert tapi storage tank tu compressed helium. Dari bacaan up to 2,000 psi pressure pada tank... Kalau faulty meletup boleh tahan jugak tu.... Pastu xde cerita pasal terbakar kan... Kalau hidrogen yg meletup + dgn o2 yg ada kat udara ni... Kaboom Kaw2 punya hangus...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 01:31 PM | Show all posts
Edited by Valetta17 at 24-5-2026 06:49 PM

Dulu DBKL rampas orang jual belon..ramai yang kutuk DBKL.
Sekarang kan dah kena bencana sebab belon gas,,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 01:31 PM | Show all posts
Edited by Valetta17 at 24-5-2026 06:51 PM

Dulu DBKL rampas orang jual belon..ramai yang kutuk DBKL.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..org yg tiada kena mengena sdg cari rezeki beniaga benda lain yg kena. Peniaga belon tu xde kena pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2026 06:56 PM | Show all posts
begg replied at 23-5-2026 02:48 PM
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga air balang terpelanting sejauh kira-kira 100 meter sebelum maut ...

kasihannya.. yang penjual belon tu selamat la ye?tak memasal je orang lain yang cari rezeki kena tempias..



Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 09:27 AM | Show all posts
begg replied at 23-5-2026 02:48 PM
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga air balang terpelanting sejauh kira-kira 100 meter sebelum maut ...

teruk sungguh ni

sampai putus tangan dengan terpelanting 100m

igtkn yg kena tu yg meniaga belon tu

rupanya....




Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 11:05 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-5-2026 06:16 PM
haramkan juga pisau, motorsikal dan api.

pisau, motosikal dan api tu ada kegunaan dia sendiri.. yang belon2 ni kalau takde pun takpe...bukan petning utk kehidupan pun. makpak pun bersyukur  takde belon2 ni, takde stress melayan tantrum anak nak belon
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 12:18 PM | Show all posts
kucingitam replied at 25-5-2026 11:05 AM
pisau, motosikal dan api tu ada kegunaan dia sendiri.. yang belon2 ni kalau takde pun takpe...buka ...

kalau hidup ni cuma tertumpu kpd benda2 yang penting sahaja baik tak payah hidup... belon pun haram

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.078912 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list