|
View: 1049|Reply: 15
|
[Dunia]
Pakistan kerah jet, hantar 8,000 tentera ke Arab Saudi... makaaaa bermulalah ww3?
[Copy link]
|
|
|
ISLAMABAD: Pakistan mengerahkan 8,000 anggota tentera, satu skuadron jet pejuang dan sistem pertahanan udara ke Arab Saudi di bawah pakatan pertahanan bersama, sekali gus meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Riyadh ketika Islamabad bertindak sebagai pengantara utama dalam perang Iran.
Kerahan berskala penuh itu julung kali dilaporkan, disahkan tiga pegawai keselamatan serta dua sumber kerajaan yang menyifatkannya sebagai pasukan tempur berkeupayaan tinggi dan besar bagi menyokong tentera Arab Saudi jika kerajaan itu diserang lagi.
Tentera Pakistan, pejabat luar negaranya dan pejabat media kerajaan Arab Saudi bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.
Terma penuh perjanjian pertahanan dimeterai tahun lalu dirahsiakan, namun kedua-dua pihak sebelum ini menyatakan ia mewajibkan Pakistan dan Arab Saudi saling mempertahankan, jika berlaku serangan.
Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif, sebelum ini memberi bayangan perjanjian itu meletakkan Arab Saudi di bawah perlindungan nuklear Pakistan.
Sementara itu, sumber Pakistan berkata, satu skuadron penuh, membabitkan kira-kira 16 pesawat, kebanyakannya jet pejuang JF-17 dibangunkan bersama China, dikerahkan ke Arab Saudi, pada awal April lalu.
Dua pegawai keselamatan turut memaklumkan Pakistan menghantar dua skuadron dron.
Lima sumber pula berkata, ia merangkumi kira-kira 8,000 anggota tentera dengan komitmen menambah bilangan jika diperlukan, selain sistem pertahanan udara HQ-9 buatan China.
Mereka berkata, peralatan itu dikendalikan anggota Pakistan dan dibiayai Arab Saudi.
Seorang sumber kerajaan yang melihat teks perjanjian pertahanan sulit itu berkata, ia memperuntukkan kemungkinan hingga 80,000 anggota tentera Pakistan ditempatkan di Arab Saudi, bertujuan membantu mengawal sempadan kerajaan itu bersama tentera Riyadh.
Dua pegawai keselamatan juga berkata, perjanjian itu membabitkan kerahan kapal perang Pakistan. Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kapal terbabit sudah tiba di Arab Saudi.
Skala dan komposisi kerahan itu, katanya, membabitkan pesawat tempur, sistem pertahanan udara dan ribuan anggota tentera menunjukkan Pakistan menghantar lebih daripada sekadar misi simbolik atau nasihat ketenteraan.
Reuters sebelum ini melaporkan, Pakistan menghantar jet pejuang ke Arab Saudi selepas serangan Iran menyasarkan infrastruktur tenaga utama dan mengorbankan seorang warga Arab Saudi.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan Arab Saudi mungkin melancarkan tindak balas besar-besaran yang boleh memperluaskan konflik.
Ia berlaku sebelum Islamabad muncul sebagai pengantara utama perang terbabit dengan membantu memeterai gencatan senjata yang bertahan sepanjang enam minggu lalu, antara Washington dan Tehran.
Islamabad turut menjadi tuan rumah kepada satu-satunya rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran setakat ini dan merancang pusingan rundingan lanjut, sebelum dibatalkan kedua-dua pihak.
Reuters kemudian melaporkan Arab Saudi melancarkan beberapa serangan tidak diumumkan terhadap Iran sebagai tindak balas kepada serangan di dalam wilayah kerajaan itu.
Pakistan sejak sekian lama menyediakan sokongan ketenteraan kepada Arab Saudi, termasuk latihan dan penempatan penasihat, manakala Riyadh pula berulang kali membantu Islamabad dari segi kewangan ketika negara itu berdepan tekanan ekonomi. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia ... ntera-ke-arab-saudi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
masa pandemik covid-19 2020 tu pun tak disangka2 boleh berlaku sampai 1 dunia shutdown
yang ni pulak, ww3 sesuatu yg sering disebut2
tapi adakah benar2 akan berlaku dalam masa terdekat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang nak perang dengan arab saudi?
anak kesayangan amerika siapa nak serang... dah selalu arab saudi bagi us duit bilion2.. israel pun tak berani serang arab saudi, mau kena ketuk kepala dengan amerika.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hanya perlukan percikan api disetiap negara untuk menyalakan big war
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lupa baca mana dulu... kiamat akan bermula di bumi arab
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 19-5-2026 09:48 AM
siapa yang nak perang dengan arab saudi?
anak kesayangan amerika siapa nak serang... dah selalu ara ...
Perang dengan Arab Saudi mungkin tidak tapi ceroboh yes, seperti yang Iran buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya ia bermula huruhara di semenanjung arab, byk pihak terlibat, x perlu sokong mana2 pihak, akan dikelirukan siapa benar siapa salah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 19-5-2026 09:40 AM
masa pandemik covid-19 2020 tu pun tak disangka2 boleh berlaku sampai 1 dunia shutdown
yang ni pula ...
minta lambat lg la
ko pun tak nikah lg tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iran ceroboh sape sis? tak dengar plak berita camtu lagi ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iran salah strategy huh... Hehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
heyyyy
ape kaitan
tak releven
u r dismissed

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
antara yesrahell dgn arab saudi dah tentulah yesrahell yg amerika lebih syg,
arab saudi cuma bagi duit kat negara je,
tapi yesrahell melobi kuasa dan duit kepada pemimpin amerika.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 20-5-2026 12:36 AM
Iran ceroboh sape sis? tak dengar plak berita camtu lagi ni
Read more
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang nak sangat perang la, nuklear la, kau dah kenapa? Nak sangat ke rasa hidup dalam keadaan perang? Anak demam sikit je dah menggelupur, belum lg tengok anak kena tembak depan mata, bini kena rogol depan mata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin depa nak berjihad dan boleh menala tawanan perang muka cam omputih
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin depa nak berjihad dan boleh menala tawanan perang muka cam omputih
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|