CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 180|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sze Fei-Izzuddin yakin kembali temui rentak

[Copy link]
Post time 16-5-2026 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Sze Fei-Izzuddin yakin kembali temui rentak

Helmi Talkah - Mei 16, 2026 @ 6:09pm





Pasangan nombor sembilan dunia itu terpaksa akur tewas kepada gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 20-22, 16-21 di pentas separuh akhir Terbuka Thailand. Foto: Fail NSTP



KUALA LUMPUR: Meskipun terkandas di separuh akhir Terbuka Thailand, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani percaya mereka kini kembali berada di landasan tepat untuk mencapai prestasi terbaik.

Pasangan nombor sembilan dunia itu terpaksa akur tewas kepada gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 20-22, 16-21 dalam pertarungan sengit di Stadium Nimibutr, Bangkok, hari ini.

Walaupun gagal melangkah ke final, Izzuddin tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkan sepanjang kejohanan berkenaan selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sebelum ini.

"Ya, saya rasa kami sedang kembali kepada prestasi terbaik dan kami akan terus memperbaiki permainan selepas ini," kata Izzuddin kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sejak menjuarai Masters Indonesia pada Januari lalu, Sze Fei-Izzuddin gagal mengekalkan konsistensi apabila tersingkir di suku akhir Terbuka Jerman, pusingan kedua Seluruh England dan pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia.

Mengulas aksi menentang pasangan nombor empat dunia itu, Izzuddin mengakui mereka sudah memberikan segala-galanya namun lawan tampil lebih baik.

"Kami sudah buat yang terbaik hari ini dan Satwik serta Chirag bermain dengan sangat baik," katanya.

Menurutnya, corak permainan pantas dan tekanan berterusan daripada pasangan India menjadi faktor utama mereka gagal mengekang kebangkitan lawan selepas memenangi set pertama.

"Mereka mengekalkan tempo permainan yang laju, terus menyerang dan memberi tekanan kepada kami.

Kami tidak mampu bertahan dengan tekanan itu," katanya.

Sementara itu, Sze Fei berkata kepantasan permainan lawan serta kekuatan serangan mereka menyukarkan pasangan negara untuk mengawal rentak permainan.

"Permainan berlangsung sangat pantas dan serangan lawan memang kuat.

Kami tidak dapat mengatasinya," katanya.

Mengulas kekalahan dalam set penentuan, Izzuddin menolak faktor keletihan sebagai punca sebaliknya mengakui lawan lebih menyerlah.

"Hari ini bukan hari kami, mungkin lain kali giliran kami pula.

Dalam set ketiga mereka memang bermain lebih baik daripada kami," katanya.

Bekas naib juara Asia itu selepas ini akan mengalihkan fokus ke saingan Malaysia Masters yang membuka tirai Selasa ini.

Mereka dijadual memulakan kempen menentang pasangan Indonesia, Muh Putra Erwiansyah-Bagas Maulana di pusingan pertama.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/05/1557452/sze-fei-izzuddin-yakin-kembali-temui-rentak





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.473401 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list