CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 218|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zi Yu-Noraqilah ke final Masters China

[Copy link]
Post time 16-5-2026 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Zi Yu-Noraqilah ke final Masters China

Oleh Helmi Talkah - Mei 16, 2026 @ 5:56pm





Beregu wanita negara, Low Zi Yu dan Nor Aqilah Maisarah. - BERNAMA




KUALA LUMPUR: Beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia BWF selepas mara ke final Masters China hari ini.

Pasangan ranking ke-133 dunia itu bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila menerima tentangan sengit daripada wakil tuan rumah, Wang Yi Duo-Wang Zi Meng sebelum melakar kemenangan straight set 21-19, 21-18 pada aksi separuh akhir di Gimnasium Baoji.

Zi Yu-Noraqilah menampilkan permainan tersusun dan cukup kemas dalam kedua-dua set, selain kekal tenang pada mata-mata genting untuk menoktahkan kemenangan dalam tempoh 42 minit.

Kejayaan itu sekali gus membuka peluang buat pasangan muda negara berkenaan memburu gelaran terbesar dalam karier mereka setakat ini.

Sebelum ini, Zi Yu-Noraqilah pernah menjuarai Terbuka Estonia yang bertaraf Siri Antarabangsa pada Januari lalu.

Mereka akan berdepan pasangan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi pada aksi final esok.

Pasangan berkenaan mula mencuri perhatian selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada saingan Piala Uber di Horsens, Denmark bulan lalu.

Mereka mencipta sensasi apabila menewaskan pasangan nombor tujuh dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-17, 12-21, 21-19 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Prestasi konsisten dipamerkan Zi Yu-Noraqilah kini terus mengukuhkan status mereka sebagai prospek baharu beregu wanita negara, malah mula dicanang sebagai pelapis paling berpotensi kepada pasangan nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/05/1557401/zi-yu-noraqilah-ke-final-masters-china





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.163064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list