Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   





Lapan tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali berumah tangga, apatah lagi apabila mengenangkan keutamaan terhadap empat orang cahaya matanya.


Ujar Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, usia serta tanggungjawab sebagai ibu membuatkan dia lebih selesa memberi sepenuh perhatian kepada keluarga berbanding memikirkan soal cinta baharu.


“Sejujurnya, saya tidak terfikir pun. Pada usia menghampiri 60 tahun ini dan sejak bercerai dahulu lagi memang tidak terlintas.


“Bila tengok mata anak-anak, saya tidak sampai hati. Takut mereka terasa, apatah lagi mereka sudah kehilangan satu sisi kasih sayang sebelum ini,” katanya menahan sebak.


Menurutnya, kebimbangan utama adalah soal emosi anak-anak sekiranya dia berkahwin semula, selain tidak mahu wujud jurang hubungan dengan figura bapa tiri.


“Saya takut jika berkahwin, tumpuan saya akan beralih. Anak-anak masih memerlukan kasih sayang lebih.


“Kalau berkahwin, itu bukan bapa sebenar mereka. Saya risau tiada persefahaman dan anak-anak akan terasa hati,” ujarnya dalam audio siar yang dihoskan Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain.


Tambah pelantun lagu Madah Berhelah itu, keutamaan hidupnya kini hanya tertumpu kepada kebahagiaan serta masa depan anak-anak.


Bagaimanapun, dia tidak menolak ketentuan takdir andai dikurniakan jodoh buat peneman hidupnya pada masa hadapan meskipun tidak terlalu memikirkan perihal tersebut.


“Keutamaan saya selepas Allah adalah anak-anak. Saya mahu hidup tenang bersama mereka, fikiran tenang, hati pun tenang.


“Saya mahu lihat mereka berjaya. Itu sahaja fokus saya sekarang.


“Kalau esok lusa ada ketentuan lain, itu urusan Allah. Tetapi buat masa ini, saya cuba elak dan fokus pada apa saya rasa penting,” jelasnya.


Kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu turut menyifatkan dirinya sebagai ‘kenderaan’ buat anak-anak menuju masa depan lebih baik, sekali gus menguatkan tekad untuk terus berdiri sendiri.


“Saya ibarat kenderaan membawa anak-anak ke destinasi lebih baik.


“Itulah tugas saya sebagai ibu dan saya mahu laksanakan sebaik mungkin,” luahnya.


Ziana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 sebelum bercerai pada Julai 2018.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 26, Muhammad Ammar, 22, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 17.


Sumber – KOSMO! ONLINE
1996 Views

ADVERTISEMENT


genUmi Lv.12 19#

Defender | Credits 10755   
tak yah la dgn AA tu

maki hamun je dia tahu

supernaturalee Lv.17 18#

Superior | Credits 56978   
ada la nmpk podcast erra jemput ziana ni

tapi jadi tak minat nk tgk sebab tok lakinya yg cringe ada di situ



red_velvet Lv.11 17#

Highlander | Credits 9980   
Quote: akuMNdia replied at 18-5-2026 10:42 AM
sempat date jugak ke?
aku terlepas flight nampaknya ni.

Follow Us

stania83 Lv.12 16#

Defender | Credits 11660   
58 cantik gila kak gee kurus ramping takde wrinkles.

KamikuP Lv.12 15#

Defender | Credits 11410   
Kawen ngan Diva AA jelah kaka.. Sorang AA sorang ZZ kan dah sekufu tu.
Manatau si AA terus jadi jantan sejati bila kwen ngan acik ZZ.. ekekeke

akuMNdia Lv.11 14#

Highlander | Credits 8220   
Quote: red_velvet replied at 17-5-2026 05:29 PM
Diva AA masih menunggu tu kak g.. Sayang bebeno dia dgn kak g.. Kat podcast EF baru2 ni pun sempat t ...

sempat date jugak ke?
aku terlepas flight nampaknya ni.


ADVERTISEMENT


BungaKencana Lv.11 13#

Highlander | Credits 9616   
takpe kak gee kalau itu yg buat kak gee happy.. tp kalau ada jodoh kawen jeeee

lasagna Lv.12 12#

Defender | Credits 13745   
lurve kak Gee.. cayang kak Gee!
nah munga

Lily_Elizabeth_ Lv.9 11#

Adventurer | Credits 4969   
Quote: bottombikini replied at 17-5-2026 06:38 AM
baik jangan komen apa2
nanti tiber kau tergedik nak kawen
mana nak letak mata anak2 tu

Hahaha.

Tengoklah mata anak anak kau tu.

You ni kan, buat lawak so subtle.
Bersahaja je.

Lawak.

I nk.gunalah style your ayat ni, bila ada yang membongak ditelinga I nih.

Haha!

bambimo Lv.12 10#

Defender | Credits 14887   
Trauma kot nohhh...
Xpe la kak Ziana kalo kalo just nk buat semak katil baik tak payah...biar la aman2 je single mingle

zehra2 Lv.15 9#

Gladiator | Credits 34401   
anak2 diaa mmg trauma teruk sebab laki dia baran.. pukul anak2..

Reira77 Lv.6 8#

Pioneer | Credits 828   
Ex husband dia abusive kan?

red_velvet Lv.11 7#

Highlander | Credits 9980   
Diva AA masih menunggu tu kak g.. Sayang bebeno dia dgn kak g.. Kat podcast EF baru2 ni pun sempat throwback kenangan first date

qemon Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1683   
Sebab tu dia cakap kalau esok lusa ketentuan lain, itu urusan Allah. Kiranya tu view dia sampai ke hari ini saja

ADVERTISEMENT


bottombikini Lv.14 5#

Fighter | Credits 22183   
baik jangan komen apa2
nanti tiber kau tergedik nak kawen
mana nak letak mata anak2 tu

pakwetizzaqyah Lv.13 4#

Challenger | Credits 15663   
kawen je la dengan diva tu... lama dah dia tunggu... bagi la can kat dia

sleepandream Lv.12 3#

Defender | Credits 10930   
sometimes apa yang terjadi bukan ujian tapi balasan.... tiberrr

gekkou Lv.13 2#

Challenger | Credits 16502   
besar dah anak2
dulu aiman tu menjadi sebutan bila lahir
maklumlah maknya artis top
lepas tu anak amy mastura

zaman afiyah belum lahir

All contents are displayed