Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Inigo-Montoya Lv.7

Fav
Revolutioner | Credits 1350   



PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa geram terhadap sikap segelintir individu yang masih berdegil merokok di kawasan larangan meskipun notis amaran dipaparkan secara jelas.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab selain menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri.

“Paling meluat melihat manusia merokok di tempat dilarang.

“Sudah jelas kedai makan letak tanda larangan merokok, tetapi masih buat tidak nampak. Buta mata, buta hati,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon Mami Jarum itu, situasi menjadi lebih menjengkelkan apabila individu terbabit seolah-olah tidak bersalah, malah berani memandang sinis kepada orang sekeliling.

Tegasnya, sikap sedemikian bukan sahaja melanggar peraturan, malah memberi kesan kepada keselesaan orang ramai di kawasan awam.

“Bila kita pandang, dia pandang balik. Muka selamba, langsung tidak fikir orang lain.

“Orang seperti ini memang tahu perangai sendiri. Mereka tidak fikir tentang orang sekeliling, hanya pentingkan diri sendiri,” ujarnya.

Luahan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakan menyokong pandangan Rita dan menggesa tindakan lebih tegas diambil terhadap perokok degil.

“Memang setuju, ramai buat tak endah. Perlu denda lebih berat supaya serik.

“Kesihatan orang lain pun terancam,” tulis netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak berpandangan isu tersebut sepatutnya ditegur secara bersemuka di tempat kejadian dan bukanlah berdiam diri serta hanya menulis dalam media sosial semata-mata. – KOSMO! ONLINE.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
744 Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


azimodin Lv.13 2#

Challenger | Credits 18430   
Yg hisap rokok sesuka hati di mana dorang suka ni semuanya selfish & sombong. Bukan boleh ditegur. Last week aku pergi event dekat showroom satu developer rumah ni.. selamba je sorang bapak hisap rokok depan anak2 dia. Aku yg lalu sekejap je pon rasa nak muntah, macam mana la dengan anak2 dia

sleepandream Lv.12 3#

Defender | Credits 10897   
itu lerrr... acik2 dok kecam retis pakai seksi nampak aurat bagai... tapi yang sapkok yang terang2 hukumnya haram tak bunyik puloppp

Inigo-Montoya Author 4#

Revolutioner | Credits 1350   
Quote: azimodin replied at 14-5-2026 04:52 PM
Yg hisap rokok sesuka hati di mana dorang suka ni semuanya selfish & sombong. Bukan boleh ditegur. L ...



sama sis paling aku benci tengok laki hisap rokok dalam kereta masa jalan..buka tingkap sebelah ada wife belakang ada anak2. ko dah kenapa tak boleh stop rnr ke mana dulu ke baru hisap.. nak mampos ajak anak bini sekali dasar laki bangang
Follow Us

Kuin-Kepam Lv.8 5#

Honour | Credits 2120   
Sian nya.. bila dah tua... sendu... isu2 gini pon dijadikan konten ek.. macam la ko baru duduk kt Msia ni. Yg ko menyemak mencirit alam siber dgn isu2 picisan ko ingat org tak rimas ke?

vender Lv.10 6#

Survivor | Credits 5866   
Tahniah acik rita. At least ko berbunyi pasal benda ni. Mmg disgusting tgk org hisap rokok merata ni.

azimodin Lv.13 7#

Challenger | Credits 18430   
Quote: Inigo-Montoya replied at 14-5-2026 05:29 PM
sama sis paling aku benci tengok laki hisap rokok dalam kereta masa jalan..buka tingkap sebelah  ...

Masa aku kecik2 dulu gitu la.. bapak berasap sepanjang masa. Bila kita tegur, terus menyinga. Bila abang & adik aku mula hisap di usia awal belasan, dia hangin jugak tapi nasi dah jadi bubur. Hadap la anak kena gantung & buang sekolah sebab merokok. Nasib baik la adik aku tu cepat sedar.. alhamdulillah dah x hisap. Yg abang dah berjaya stop tapi terjebak vape.
Bapak aku pon arwah muda sebab masalah jantung & asthma teruk

ADVERTISEMENT


little_sis Lv.12 8#

Defender | Credits 12773   
Memang ada perokok tak peka pada orang sekeliling. Pada dorang merokok takde kesan secara langsung pun pada orang lain, tu dorang rasa ok merokok

annehuda Lv.22 9#

Moderator | Credits 76580   
Quote: sleepandream replied at 14-5-2026 05:28 PM
itu lerrr... acik2 dok kecam retis pakai seksi nampak aurat bagai... tapi yang sapkok yang terang2 h ...

Sebab yg merokok tu lelaki. Lelaki ni sentiasa betul. Tikam orang smpi 61 kali pun yg disalahkan si mati

gideoncross Lv.15 10#

Gladiator | Credits 36910   
Quote: azimodin replied at 14-5-2026 04:52 PM
Yg hisap rokok sesuka hati di mana dorang suka ni semuanya selfish & sombong. Bukan boleh ditegur. L ...

Aiol anti cigs & vapes, so mna2 yg nak brasap, boleh, cekik pun boleh tpi jauh2 dri iol, brambus. Klau nak dkat2 balik, brush your teeth & hilang kn smua bau2 tu, bru boleh dkat

gideoncross Lv.15 11#

Gladiator | Credits 36910   
Quote: Inigo-Montoya replied at 14-5-2026 05:29 PM
sama sis paling aku benci tengok laki hisap rokok dalam kereta masa jalan..buka tingkap sebelah  ...

Tu blum lgi yg mrokok dlm kreta pstu cigbutt tu d buang sukati2 kluar pstu trkna kreta org, cilaka gitu

gideoncross Lv.15 12#

Gladiator | Credits 36910   
Quote: vender replied at 14-5-2026 08:11 PM
Tahniah acik rita. At least ko berbunyi pasal benda ni. Mmg disgusting tgk org hisap rokok merata ni ...

Smoker & vaper, ew

gideoncross Lv.15 13#

Gladiator | Credits 36910   
Quote: annehuda replied at 15-5-2026 07:07 AM
Sebab yg merokok tu lelaki. Lelaki ni sentiasa betul. Tikam orang smpi 61 kali pun yg disalahkan s ...

Yg ni paling "betul", nnti bila dh pcah rhsia, pndai putar belit

zuriey Lv.10 14#

Survivor | Credits 5718   
Aku bersyukur family aku yg lelaki tak ada yg merokok
Bapak, Abg2, pakcik2, cousin2 semua clean ye..

Samerosie Lv.14 15#

Fighter | Credits 21170   
Acik rita pandang je ke? Awat tak tazkirah dia berjela2 mcm acik rita tulis kat ig ni.  Ke acik rita berani kat belakang je?

ADVERTISEMENT


borrow Lv.12 16#

Defender | Credits 14562   
Quote: Samerosie replied at 17-5-2026 04:24 PM
Acik rita pandang je ke? Awat tak tazkirah dia berjela2 mcm acik rita tulis kat ig ni.  Ke acik rita ...

Tp kan , jaman ramai mental ni usahlah berani sgt tegur dpn2 kecualilah klo rapat.

All contents are displayed