Seorang lagi pengunjung, Mim, yang hadir bersama anaknya mengakui pada awalnya menyangka perbandingan tersebut keterlaluan selepas melihat gambar di media sosial.
“Namun selepas melihatnya sendiri, ia memang kelihatan seperti Trump. Nama itu memang sesuai,” katanya.
Penjaga ladang, Kawser pula berkata, kerbau berkenaan menerima penjagaan rapi termasuk dimandikan sebanyak empat kali sehari.
Katanya, haiwan itu diberi makanan seperti jagung, hampas minyak, dedak, sekam padi dan rumput.
Pihak ladang turut memaklumkan mereka menyediakan kira-kira 200 ekor lembu dan kerbau sempena sambutan Aidiladha tahun ini, dengan hampir kesemuanya telah ditempah pembeli. - Agensi