CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 194|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia, Jin Wei tersingkir awal di Terbuka Thailand 2026

[Copy link]
Post time 14-5-2026 01:29 AM | Show all posts |Read mode
Zii Jia, Jin Wei tersingkir awal di Terbuka Thailand 2026

13 Mei 2026 11:47pm




Zii Jia tersingkir awal daripada Terbuka Thailand 2026 selepas tewas dalam aksi pusingan pertama di Stadium Nimibutr hari ini. Foto fail Bernama





PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei masing-masing tersingkir awal daripada Terbuka Thailand 2026 selepas tewas dalam aksi pusingan pertama di Stadium Nimibutr hari ini.

Zii Jia, bekas juara Asia yang layak menerusi pusingan kelayakan semalam, gagal meneruskan aksi cemerlang yang dipamerkannya ketika Piala Thomas di Horsens, Denmark selepas tewas 20-22, 10-21 kepada pemain Israel, Daniil Dubovenko.


Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu memulakan permainan dengan cemerlang dan mendahului 20-18 dalam set pertama, namun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut apabila Dubovenko berjaya bangkit meraih kemenangan.

Dalam set kedua, Zii Jia bergelut untuk menemui rentak permainan dan ketinggalan 2-11 pada satu ketika sebelum Dubovenko menamatkan perlawanan dalam tempoh 38 minit.


Seorang lagi wakil Malaysia, Jin Wei turut mengakhiri kempen lebih awal selepas memberikan tentangan sengit kepada pemain muda tuan rumah Yataweemin Ketklieng.

Jin Wei yang menjuarai Cabaran Antarabangsa Singapura pada Mac, tewas 21-13, 19-21, 16-21 kepada pemain Thailand itu dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam.

Pasangan beregu campuran profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan China, Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin 12-21, 15-21.

Terdahulu, pilihan utama kejohanan dan perseorang lelaki nombor satu dunia dari China, Shi Yuqi menewaskan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-12, 21-17 untuk mara ke pusingan kedua.

Bintang Thailand dan pilihan kedua kejohanan, Kunlavut Vitidsarn turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas menewaskan pemain Jepun, Yudai Okimoto 21-16, 21-12.


Pemain perseorangan wanita utama Jepun, Akane Yamaguchi turut mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan pemain China, Han Qian Xi 21-17, 21-15.

Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, gandingan tuan rumah yang juga pilihan utama, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dipaksa bekerja keras oleh wakil Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil sebelum menang 21-11, 20-22, 21-18 dalam aksi sengit yang berlangsung selama satu jam. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/779755/berita/sukan/zii-jia-jin-wei-tersingkir-awal-di-terbuka-thailand-2026


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 02:26 AM GMT+8 , Processed in 1.467981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list