CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] JDT kempunan, Buriram jumpa Selangor di final

[Copy link]
Post time 14-5-2026 12:22 AM | Show all posts |Read mode
JDT kempunan, Buriram jumpa Selangor di final

Oleh Syafiq Aznan - Mei 13, 2026 @ 10:54pm





Aksi pemain JDT menentang Buriram United. Foto JOHOR Southern Tigers



KUALA LUMPUR: Pemain tengah, Kingsley Schindler muncul wira buat Buriram United apabila jaringannya pada masa tambahan membawa pasukannya mara ke final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2025/26.

Meskipun tewas 1-2 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan beraksi dengan sembilan pemain pada masa tambahan babak kedua di Arena Chang, gol tunggal Schindler itu membolehkan Buriram United mara ke final 4-3 secara agregat.

Ini menyaksikan impian JDT untuk memburu trofi keempat musim ini tidak kesampaian namun mereka akhirnya mengecapi kemenangan ke atas gergasi Thailand itu selepas enam pertemuan.

Keputusan ini menyaksikan final 'All-Malaysian' tidak menjadi kenyataan apabila Buriram United berdepan Selangor FC (SFC) untuk mempertahankan gelaran di final pada 20 dan 27 Mei ini.

Pada aksi terbabit, kesilapan Theerathon Bunmathan kehilangan bola dalam kawasan sendiri pada minit ke-27 nyaris mengundang padah apabila ia membolehkan Bergson da Silva melakukan percubaan jauh yang ditepis penjaga gol, Neil Etheridge.

JDT mendapat talian hayat di penghujung babak pertama apabila dihadiahkan penalti selepas pengadil, Kim Woo Sung meneliti insiden kekasaran Etheridge ke atas Guilherme menerusi monitor Video Bantuan Pengadil (VAR).

Sepakan penalti itu disempurnakan Bergson untuk gol pembukaan perlawanan dan merapatkan agregat 2-3 sekali gus menuju ke bilik persalinan hanya dengan defisit satu gol.

Selepas rehat, usaha keras pelawat membuahkan hasil apabila Marcos Guilherme meledak gol kedua JDT dengan satu kuisan menewaskan Etheridge pada minit ke-61 sekali gus mengikat agregat 3-3.

Selepas 'menadah' dua gol sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan, Buriram United akhirnya mendapat gol pertama pada minit ke-97 hasil rembatan deras Kingsley Schindler menewaskan Syihan.

Buriram United bagaimanapun terpaksa beraksi dengan sembilan pemain apabila Guilherme Bissoli dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-101 sebelum giliran Goran Causic menerima kad merah pada minit ke-114.

Tuan rumah mengekalkan kedudukan itu dengan sembilan pemain sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus mara ke final buat kali kedua berturut-turut.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1553347/jdt-kempunan-buriram-jumpa-selangor-di-final





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.041149 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list