CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 194|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Selangor FC mara ke final ACC

[Copy link]
Post time 13-5-2026 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Selangor FC mara ke final ACC

Oleh Syafiq Aznan - Mei 13, 2026 @ 8:42pm





Aksi kapten Selangor, Faisal Halim (kanan) ketika menentang Nam Dinh FC. Foto Selangor FC



KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) hanya selangkah untuk menjulang trofi sulung pada musim ini selepas mengesahkan slot ke final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2025/26, sebentar tadi.

Kejayaan mereka menewaskan Nam Dinh FC 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thien Truong membolehkan mereka melengkapkan agregat 4-1 ke atas wakil Vietnam itu.

Menanti mereka di final adalah juara bertahan, Buriram United ataupun satu lagi wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Buriram United mendahului 3-1 secara agregat.

Aksi final pertama akan berlangsung pada 20 Mei sementara final kedua pula pada 27 Mei.

SFC terlebih dahulu mendapat peluang untuk membuka jaringan menerusi hantaran Hugo Boumous daripada sebelah sayap kiri yang menemui Moraes pada minit ke-19.

Bagaimanapun, usaha penyerang Brazil itu yang cuba menyungkit bola untuk mengatasi kawalan Nguyen Manh Tran gagal apabila penjaga gol Nam Dinh FC pantas menepis percubaan itu.

Tindakan Mitchell Dijks yang mengasari Mohammad Abualnadi ketika sepakan sudut mengundang padah selepas insiden itu disemak Video Bantuan Pengadil (VAR) yang kemudiannya memberikan sepakan penalti buat SFC pada minit ke-38.

Moraes tidak mensia-siakan sepakan penalti itu dengan satu rembatan kencang menewaskan Manh Tran untuk pelawat mendahului 1-0 sekali gus melebarkan jurang 3-1 secara agregat.

Bersambung selepas rehat, Nam Dinh FC menggandakan asakan untuk memburu gol bagi membolehkan defisit dikurangkan sekali gus kembali dalam perlawanan.

SFC terselamat pada minit ke-51 apabila jaringan Lam Ti Phong dibatalkan VAR selepas Percy Tau terlebih dahulu berada dalam keadaan ofsaid sebelum melakukan hantaran kepada penjaring gol itu.

Moraes yang 'menghantui' Nam Dinh FC pada separuh akhir pertama sebelum ini memusnahkan harapan tuan rumah untuk bangkit apabila meledak gol keduanya pada minit ke-90 sekali gus membawa SFC ke final dengan agregat 4-1.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1553179/selangor-fc-mara-ke-final-acc





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061973 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list