CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aniq bawa pulang tiga perak dari India

[Copy link]
Post time 12-5-2026 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Aniq bawa pulang tiga perak dari India

Oleh Amirul Fazli Zulkafli - Mei 12, 2026 @ 3:51pm





Aniq (kiri) memenangi pingat perak di Kejohanan Asia semalam.



KUALA LUMPUR: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan terus menunjukkan prestasi terbaik apabila berjaya membawa pulang tiga pingat perak pada Kejohanan Angkat Berat Asia 2026 di India, semalam.

Aniq yang beraksi dalam kategori 60 kilogram (kg) meraih pingat menerusi angkatan 122kg bagi snatch dan 155kg (clean & jerk) untuk mengumpul keseluruhan 277kg sekali gus terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Bagi Aniq, kemenangan itu memberi motivasi serta membina momentum untuk dirinya berada pada tahap lebih baik terutama sebelum menyertai Sukan Komanwel di Glasgow, bermula 23 Julai hingga 2 Ogos depan.

"Alhamdulillah saya dapat bawa balik pingat perak dari India.

Ini adalah kejohanan terakhir sebelum ke Sukan Komanwel," katanya.

Pingat emas dimenangi atlet Korea Utara, Pang Un-chol selepas mengungguli ketiga-tiga acara iaitu 130kg (snatch) dan 174kg (clean & jerk) untuk mengumpul keseluruhan 304kg.

Sementara itu, gangsa diraih oleh Lại Gia Thành dari Vietnam menerusi angkatan 121kg bagi snatch dan 146kg (clean & jerk) untuk mengumpul keseluruhan 267kg.

Namun begitu, biarpun meraih tempat kedua, badang kelahiran Johor itu melihat angkatannya masih belum mencapai sasaran ditetapkan dan terdapat beberapa aspek yang perlu dibaiki.

"Secara keseluruhan, prestasi saya hari ini (semalam) agak kurang memuaskan, namun saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan sepanjang pertandingan berlangsung," katanya.

Bagi Sukan Komanwel nanti, Aniq sudah pasti menjadi harapan untuk meraih emas kerana pada edisi sebelum ini, dia berjaya menduduki tempat pertama dalam kategori 55kg.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/05/1551201/aniq-bawa-pulang-tiga-perak-dari-india





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.042987 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list