Hina sahabat Rasulullah: Wadah gesa Nik Muhammad Zawawi diambil tindakan
NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
PETALING JAYA: Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh kerana menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.
Timbalan Presidennya, Hasri Harun berkata, Wadah mengecam kenyataan Nik Muhammad Zawawi dalam ceramahnya yang seolah-olah menghina, merendahkan dan mempersendakan sahabat Rasulullah.
Beliau berkata, para sahabat adalah generasi terbaik umat Islam yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia.
“Wadah menggesa pihak berkuasa serta institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam yang mulia ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Seputeh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.
Antara lain beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang ‘bapa ceti’ yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.
Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.
Hasri berkata, sebarang usaha untuk mencemarkan nama para sahabat bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan atas kewibawaan sahabat yang berjasa dengan agama Islam.
“Apalah maksud dan tujuan menimbulkan dan membangkitkan sejarah lama para sahabat Nabi sebelum Islam walaupun faktanya juga masih diragui.
“Bukankah Allah Taala lebih mengetahui akan suasana dan keadaan mereka sehinggakan mereka berjaya bersama-sama Rasulullah SAW membangunkan Islam sehingga dinikmati hingga hari ini,” katanya. – UTUSAN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-5-2026 06:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Weaponizing religion bukan pas saja guna... Intl level... Khamenei regime sudah lama guna untuk killing pepol against regime... Tapi ramai saja support konon ter paling Islam
Mmg umat islam akan berpecah pun, tu yg jadi penunggang agama, tipu sana sini, guna agama atas kepentingan sendiri...mcm2 lagi...
"Ketahuilah, sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jamaah." (Hadis Riwayat Abu Daud, No.4597)
Nik Zawawi didesak beri penjelasan, Pas mohon maaf
ROSKHOIRAH YAHYAROSKHOIRAH YAHYA
12 Mei 2026 07:29pm
Masa membaca: 2 minit
SHAH ALAM - Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (BiPPA) mendesak Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memberikan penjelasan terhadap kenyataan beliau berhubung sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Pengerusi BiPPA, Amidi Abdul Manan berkata, jika tiada sebarang penjelasan maka pimpinan tertinggi Pas perlu menyatakan sikap dan pendirian terhadap isu ini.
Menurutnya, Pas perlu memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang boleh mencemarkan kemurnian Islam.
"Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pernyataan yang terkandung kebohongan terhadap para Ashabi Rasulullah SAW yang dikeluarkan beliau.
"Tohmahan yang sehingga ini, kita menanti penjelasan setelah lebih 24 jam ia berlegar dalam domain komunikasi awam di Malaysia.
"Islam di Malaysia ini terancam bukan kerana kepelbagaian agama, kaum dan budaya tetapi, Islam terancam kerana akhlaq buruk seorang yang mengakui dirinya pewaris tugasan para nabi tetapi biadab kepada para sahabat baginda SAW," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.
Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.
Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.
Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.
Tambah Amidi, BiPPA menasihatkan Nik Muhammad Zawawi agar mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tidak menyebut-nyebut perilaku menyimpang dari norma Islam yang dilakukan oleh para sahabat baginda ketika masih jahiliyah.
Jelasnya, jasa para sahabat Rasulullah SAW terlalu besar kepada Islam.
"Pengorbanan yang terpaksa mereka tempuh, begitu juga penderitaan yang dialami mereka, bukti keyakinan dan keimanan serta kesetiaan terhadap Rasulullah SAW yang tidak pernah disangsikan.
"Kita faham dan kita yakini betul, kekuatan ajaran al-Quran yang mempunyai kekuatan transformatif terhadap diri dan masyarakat. Lantas kenapa diada-adakan contoh yang jelik dan pelik kepada para sahabat.
"Rasulullah amat mengenali para sahabatnya, tidak pernah mengungkit perilaku buruk sahabatnya ketika masih belum beriman," ulasnya.
Dakwaan hina sahabat Nabi: Sejumlah laporan polis terhadap Nik Zawawi dilaporkan- Fahmi
Pia Ernadya
13/05/2026 | 17:15 MYT
PUTRAJAYA: Sejumlah laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menyentuh wibawa para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
"Kenyataan oleh yang YB Pasir Putih telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini. Yang mana kenyataan yang menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW itu dikecam keras oleh seluruh Jemaah Menteri dan tidak boleh diterima.
"Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah laporan polis yang telah dan sedang dilaksana sedang dibuat. Maka, kita serah kepada pihak berkuasa (terutama) mungkin Majlis ataupun Jabatan Agama Islam yang berkaitan untuk lakukan siasatan," beliau berkata demikian dalam sidang media mingguannya di Putrajaya pada Rabu.
Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang didakwa menggambarkan empat sahabat Nabi Muhammad iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang melaksanakan amalan jahiliah sebelum memeluk Islam.
Nik Zawawi dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian semasa berucap di sebuah Majlis Ceramah Perdana: Rakyat Bangkit di Kuala Terengganu pada 8 Mei lalu.
Nik Zawawi kemudiannya menyatakan permohonan maaf atas ucapan tersebut dan mengakui bersikap kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut.
Mahfuz anggap Nik Zawawi tak ikhlas mohon maaf
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: May 13, 2026 7:56 PM
⋅
Dikemaskini: 11:15 PM
Amanah menyifatkan permohonan maaf oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, pada siang tadi sebagai tidak ikhlas dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berkata keikhlasan permohonan maaf tersebut diragui kerana ia dibuat hanya selepas mendapat kritikan pelbagai pihak.
Sedangkan pada awalnya, kata Mahfuz, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu tampil dalam klip video awal untuk menjustifikasikan kenyataan dibuatnya ketika berceramah dan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.
Bahkan, tambah Mahfuz, Nik Zawawi sempat memperkecilkan pihak yang memberi teguran kepadanya semalam.
"Seharusnya dia terus minta maaf, bukan selepas ditegur oleh banyak pihak.
"Sebab itu kalau kita lihat dalam video (penjelasan awal) itu dia tak minta maaf pun, tetapi dia mencerca dan memperkecilkan orang yang menegur dan dia memaafkan pihak lain.
"Hari ini memang dia memohon maaf, tapi dalam kenyataan sama dia sebut juga bahawa tidak ada riwayat berkait kisah sahabat nabi di zaman jahiliah dan kalau ada pun hanya bertaraf daif (lemah).
"Sebagai seorang berilmu memiliki PhD (doktor falsafah) dalam bidang agama, Nik Zawawi sepatutnya tidak menggunakan perkara-perkara daif untuk penghujahan bagi mengundang takbir (semasa ceramah)," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu Nik Zawawi mengundang kontroversi selepas ucapan ketika berceramah di Kuala Terengganu pada Ahad lalu tular di media sosial sekali gus dikritik pelbagai pihak kerana didakwa menghina empat orang sahabat paling dekat dengan nabi.
Dia kemudiannya tampil mempertahankan kenyataan berkenaan dan menjelaskan petikan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai “bapa ceti” dan Umar al-Khattab berperangai ganas serta suka berzina dibuat dalam konteks menunjukkan realiti masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
Nik Zawawi yang pernah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menegaskan, kenyataan berkenaan dibuat sebagai perbandingan bagi membantu orang ramai memahami perbezaan antara zaman jahiliah dan era hidayah Islam.
Selepas menerima tekanan berterusan dia akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan menarik balik perkataan 'bapa ceti' dan 'kaki zina' yang ditujukan terhadap khalifah ar-Rasyidin berkenaan.
“Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.
“Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Memalukan institusi dalam PAS
Dalam satu rakaman video berasingan, Nik Zawawi berkata, perkara yang berlaku pada zaman jahiliah yang diceritakan itu sememangnya tidak ada riwayat ataupun sekadar daripada riwayat yang daif.
ADS
"Kerana benda yang berlaku di zaman jahiliyah ini sememangnya tidak ada riwayat, dan kalau ada riwayat pun ia mesti daif, itu zaman jahiliyah, cuma tersilap apabila saya sandarkan kepada Sayidina Abu Bakar, Saidina Umar ," katanya dalam video dikongsikan di Facebook Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
Mahfuz yang juga bekas pemimpin kanan PAS berkata, parti itu juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Nik Zawawi kerana memalukan institusi ulama mereka.
"Bagi saya tak memadaikan Nik Zawawi mohon maaf saja, bahkan PAS perlu bertegas kerana tidak pernah ambil tindakan untuk merehatkan pemimpin.
“Apa yang berlaku itu memalukan institusi ulama PAS.
"Saya juga berharap pihak berkuasa memandang serius isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya sebagai penganjaran," katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan parti itu sudah menerima penjelasan penjelasan dan permohonan maaf yang dibuat Nik Zawawi.
Menurutnya, tindakan membuat penjelasan dan memohon maaf selepas melakukan kekhilafan adalah perbuatan yang terpuji, malah wajar dihayati.
DUPP tegur Dr Nik Zawawi berkaitan fakta sejarah Islam
Komited perkemas dakwah berhikmah ikut disiplin ilmu Islam
May 13, 2026
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat memaklumkan pihaknya sudah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato‘ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
“Dewan Ulamak PAS Pusat juga telah menyampaikan teguran serta peringatan (itu) agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam.
“Khususnya dalam perkara yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para Sahabat Rasulullah SAW,” ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Mohd Nor Hamzah dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian susulan tular petikan ucapan Dr Nik Zawawi dalam satu ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini menceritakan perihal kehidupan Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman, Ali Abi Talib dan Hamzah sebelum memeluk Islam.
Nik Muhammad Zawawi dilaporkan menggambarkan Abu Bakar sebagai ‘bapa ceti’ kerana gemar memberi pinjaman kepada orang ramai dan menekan golongan miskin, manakala Umar dikatakan berperwatakan ganas dan suka berzina.
Walau bagaimanapun, Mohd Nor Hamzah turut menzahirkan penghargaan terhadap teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih.
Menurutnya, budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat.
“Dewan Ulamak PAS Pusat komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam,” tambahnya.
Beliau memaklumkan, Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil maklum dan memandang serius polemik yang timbul susulan ceramah tersebut.
Jelasnya, selepas meneliti sedutan rakaman ceramah itu serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, Dewan Ulamak PAS Pusat mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah.
Fakta sejarah itu menurut beliau berkaitan latar kehidupan para Sahabat Rasulullah SAW, khususnya Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.
“Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa para Sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi terbaik umat ini yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka.
“Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman Jahiliyyah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/5/2026
sifat2 masa zaman jahiliah sahabat rasulullah yg mmg berfakta...iaitu garang dan baran setau aku hanyalah umar al khattab.gelaran al khattab tupun dah mmg menggambarkan sifat dia sblm masuk islam. itupun kisah dia bunuh anak pompuan dia masih dijaja oleh ustaz2 dgn jayanya walau pun faktanya x sahih.jadi alangkah yg itu pun tak sahih.celah mana sahih pulak sahih tang ceti,berzina?isunya di sini adalah kesahihan.ko as a scholar tak boleh la memandai celah burr ko nak kata ituini tanpa fakta.sbb itu boleh membawa fitnah.tambah2 melibatkan rasulullah.itupun ada mangkok bebal nak paham
Ini adalah parti yang katanyehh berteras dan bertunjangkan isele. Pung pang pung pang dalam ceramah.
Jangankan kata non-muslim, muslim sendiri pun geleng kepala tengok kelaku parti isele ni.
Author|Post time 14-5-2026 08:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 14-5-2026 08:36 AM
sifat2 masa zaman jahiliah sahabat rasulullah yg mmg berfakta...iaitu garang dan baran setau aku ha ...
Dia bercakap ikut imaginasi dia kot. Tanpa sumber dia boleh cakap sahabat nabi buat benda tu atas alasan orang pada zaman tu buat benda tu. Bila bercakap tanpa bukti itu adalah fitnah. Ini bermakna dia sudah fitnah umar suka berzina. Berat sangat tuduhan tu