CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 856|Reply: 7

[Tempatan] Harga daging lembu turun, ikan kembung naik

[Copy link]
Post time 12-5-2026 04:01 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Harga  daging lembu tempatan mencatatkan penurunan kecil sebanyak 1.4 peratus minggu ini, namun beberapa bahan  makanan lain termasuk ikan kembung, sawi dan santan kelapa segar menunjukkan trend peningkatan.Daging & Makanan Laut

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, perkembangan itu direkodkan bagi tempoh 4 hingga 6 Mei lalu berdasarkan pemantauan harga bahan makanan terpilih.

Menurut beliau, harga daging lembu turun daripada RM36.40 sekilogram kepada RM35.88 sekilogram.

“Harga ayam standard hampir tidak berubah pada sekitar RM9.50 hingga RM9.51 sekilogram. Namun, beberapa item mencatatkan kenaikan. Harga ikan kembung meningkat 3.9 peratus daripada RM16.76 sekilogram kepada RM17.42 sekilogram

“Udang putih meningkat 1.2 peratus kepada RM32.11 sekilogram, sawi meningkat 4 peratus kepada RM7.23 sekilogram, manakala santan kelapa segar meningkat 6.7 peratus kepada RM16.88 sekilogram,” katanya pada taklimat krisis bekalan global secara dalam talian hari ini.

Akmal berkata, secara keseluruhan, harga bahan makanan ketika ini masih berada dalam julat terkawal walaupun wujud tekanan global terhadap kos logistik dan komoditi.

Katanya, statistik menunjukkan pergerakan harga makanan berada antara penurunan dua peratus hingga kenaikan 6.7 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Namun, beliau mengakui terdapat kebimbangan bahawa sebahagian rakyat terutama di kawasan luar bandar mula merasai tekanan peningkatan kos sara hidup.

“Perdana Menteri dan ahli-ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) melahirkan kerisauan bahawa terdapat golongan rakyat di sesetengah kawasan, mungkin terutamanya di luar bandar telah mula merasai tekanan harga barangan harian.

“Justeru, MTEN bersetuju supaya Ketua Setiausaha Negara dapat menyusul perkara ini bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian bagi menyelaras inisiatif usaha dan bantuan kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran terutamanya golongan miskin dan rentan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 10:55 PM | Show all posts
Tanda2 nak PRU...

1)Harga keperluan asas mahal, beras naik.. bla bla bla
2)Isu ladang...ternak vavi
3)Negeri-negeri miskin nak korek nadir bumi berbilion
4)Kemunculan Atok Saka... berdrama pasal hak melayu
5)Islam terancam.. Azan tak boleh
6)Penghinaan kepada institusi Raja
7)Kitar semula isu2 lama sampai AJM!!

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 08:59 AM | Show all posts
manopBKK replied at 12-5-2026 10:55 PM
Tanda2 nak PRU...

1)Harga keperluan asas mahal, beras naik.. bla bla bla

isu yg mudah nk trigger org melayu



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:15 AM | Show all posts
betul ke harga lembu turun? lembu korban makin mahal utk 1 bhgn skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 02:50 PM | Show all posts
so kena flex makan ikan kembung tiga rasa la acamtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap lg ikan selar kuning
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan skrg x sedap apa dibubuh direndam, makan ikan keli aja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075062 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list