Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

misszaitun Lv.4

Fav
Keeper | Credits 568   



Pelakon Ozlynn Waty berkata dia tidak mahu terlalu terbuka berkongsi mengenai kisah sahabat baiknya, Azar Azmi yang berdepan ujian hidup sebelum ini.

Memetik Harian Metro, Ozlynn berkata dia tahu bagaimana rasanya hidup dalam serba kekurangan dan diuji serta hanya mahu melihat Azar bahagia bersama anak-anak.

“Saya mahu dia gembira dengan kehidupan bersama anak-anaknya. Saya harapkan yang terbaik untuk dia kerana setiap manusia diuji dengan cara berbeza.

“Saya sendiri pernah melalui fasa sukar bersama Johan suatu ketika dahulu, jadi saya faham bagaimana rasanya hidup dalam kekurangan.

“Sebenarnya saya tidak mahu bercakap mengenai isu ini kerana ia sangat sensitif, bukan sahaja buat saya, tetapi juga Azar. Saya mahu dia tenang dan bahagia dengan kehidupannya sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ozlynn berkata dia sebak melihat keadaan Azar apatah lagi mengetahui pelakon itu anak yatim piatu.

Tambahnya dia membantu Azar ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dan baginya sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.

“Saya pernah melihat dia melalui zaman gembira dan tahu latar belakang kehidupannya. Dia anak yatim piatu dan dibesarkan kakaknya. Jadi apabila melihat keadaannya, saya jadi sebak

“Saya bantu bukan untuk menunjuk kaya atau apa-apa, tetapi kerana saya pernah melalui kesusahan. Sebagai hamba Allah, saya rasa menjadi tanggungjawab untuk membantu sesiapa yang memerlukan.

“Demi Allah, kalau saya ada rezeki lebih, saya akan bantu. Bukan hanya sebab dia Azar walaupun dia sahabat saya. Sesiapa sahaja, jika saya mampu, saya akan kongsi rezeki,” katanya.

Terdahulu, Azar mendedahkan Ozlynn antara individu yang terawal tampil menghulurkan bantuan. Azar berkata Ozlynn turut memberikan sumbangan zakat pada dirinya supaya dia dapat membeli barang keperluan harian anak-anaknya.


Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
602 Views
4 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


freyayong Lv.8 2#

Honour | Credits 2563   
yes kesian juga azar ni. anak yatim piatu. kakak yg besarkan dia tu pun tgh menghadap ujian breast cancer. both parents died due to cancer. so I guess genetic la ni. it runs in the family...

AWEKSAMURAI Lv.14 3#

Fighter | Credits 21944   
Quote: freyayong replied at 12-5-2026 11:42 AM
yes kesian juga azar ni. anak yatim piatu. kakak yg besarkan dia tu pun tgh menghadap ujian breast c ...

Allahuakbar mmg kesian lepas kwen dgn jantan x guna pulak .. malang btul naseb .. harap di ceraikan atau axar tuntut fasakh je lah ....

red_velvet Lv.11 4#

Highlander | Credits 9946   
Lain macam dagu ozlyn
Follow Us

bottombikini Lv.14 5#

Fighter | Credits 22122   
tak tau la kalau iols punya sound dah something wrong atau audio tgv terlalu nyaring
telinga iols dgr dia ni hingaq & bingit dalam libang libu

All contents are displayed