Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Inigo-Montoya Lv.7

Fav
Revolutioner | Credits 1350   


Pelakon dan ikon fesyen Wak Doyok menjelaskan tindakannya meninggal komen terhadap pelakon Alya Iman dengan mendakwa individu itu sendiri yang bersikap toksik, bukan platform Threads.

Terdahulu, Alya Iman menyifatkan aplikasi Threads sebagai platform paling toksik serta memilih untuk menjauhkan diri dari media sosial berkenaan.

Memetik mStar Online, Wak berkata hantaran berkenaan adalah secara umum dan tidak tujukan kepada mana-mana pihak.

Tambah Wak lagi, setiap individu perlu terima hakikat dan  dengan hati terbuka bahawa sikap negatif wujud dimana-mana termasuk di media sosial.

“Tak boleh nak serkap jarang, di mana-mana ada toksik termasuk media sosial. Kalau tak nak berjumpa dengan orang toksik, duduk di tikar sembahyang bercakap dengan Allah SWT.

“Tapi dengan manusia kena hadap semua itu, kadang-kadang cakap orang toksik tapi sebenarnya kita sendiri yang toksik, jadi muhasabah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Wak berkata individu yang terasa dengan kenyataanya itu mungkin ianya berkaitan dengan mereka sendiri.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
285 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch