CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 5

[Dunia] [KOLUMNIS] Kebanjiran warga Israel di Thailand dan implikasi keselamatan terhadap Malaysia

[Copy link]
Post time 11-5-2026 12:38 PM | Show all posts |Read mode



KEHADIRAN semakin ramai warga Israel di beberapa kawasan utama Thailand termasuk pusat peranginan mula mendapat perhatian dalam kalangan pemerhati keselamatan dan perundangan serantau.

Antara lokasi yang sering dikaitkan dengan penempatan serta kehadiran komuniti warga Israel di Thailand ialah di Pai (utara Thailand), Koh Phangan, Phuket, Koh Samui dan juga Pattaya.

Dalam konteks undang-undang dan keselamatan serantau, perkembangan ini menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kemudahan imigresen, penggunaan identiti atau dokumen perjalanan alternatif serta aktiviti rentas sempadan yang berpotensi menjejaskan keselamatan negara-negara ASEAN.

Perhatian terhadap isu ini meningkat susulan tindakan pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah pusat pembelajaran dikenali sebagai Arki Kid School di pulau pelancongan Koh Phangan pada awal Mei 2026.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa dilaporkan menemui seramai 89 kanak-kanak warga Israel berusia antara dua hingga 12 tahun yang sedang mengikuti sesi pembelajaran di premis berkenaan.

Menurut pihak berkuasa Thailand, premis tersebut dipercayai beroperasi tanpa permit sah dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan pelanggaran undang-undang berkaitan imigresen, pendidikan dan status operasi premis terbabit.

Walaupun tiada bukti rasmi yang mengaitkan insiden tersebut dengan aktiviti risikan atau ancaman keselamatan, perkembangan itu tetap menimbulkan perbahasan mengenai implikasi kehadiran komuniti Israel dalam skala besar  dalam rantau Asia Tenggara.

Di Malaysia, isu melibatkan warga Israel mempunyai sensitiviti tersendiri memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel serta secara konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

Selain itu, majoriti rakyat Malaysia secara tradisinya mempunyai pendirian yang pro-Palestin, menyebabkan sebarang isu berkaitan kehadiran warga Israel di rantau ini sering mendapat perhatian masyarakat dan media.

Kebimbangan terhadap kemungkinan ancaman risikan asing turut meningkat selepas pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin di Gombak pada tahun 2018.

Mangsa ditembak mati oleh dua individu bermotosikal ketika dalam perjalanan ke masjid.

Beberapa media antarabangsa mendakwa insiden tersebut mempunyai kaitan dengan operasi risikan Israel termasuk kemungkinan penglibatan Mossad.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengakuan rasmi dibuat oleh pihak Israel dan pihak berkuasa Malaysia juga tidak pernah mengesahkan dakwaan tersebut secara rasmi.

Risiko kemasukan warganegara Israel ke Malaysia boleh timbul apabila mereka memiliki dua kewarganegaraan.

Perkara ini pernah berlaku sebelum ini apabila vlogger kontroversi, Nuseir Yassin atau lebih dikenali sebagai Nas Daily, seorang warganegara Israel, memasuki Malaysia pada tahun 2022 menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis dan bukannya pasport Israel.

Kes ini menunjukkan bahawa masih terdapat kemungkinan warganegara Israel memasuki Malaysia sekiranya mereka memiliki dua kewarganegaraan dan menggunakan pasport negara lain.

Dari sudut perundangan, sebarang ancaman keselamatan perlu dinilai berdasarkan fakta, bukti dan elemen kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang, bukan semata-mata berdasarkan kewarganegaraan seseorang individu.

Di Malaysia, antara undang-undang yang boleh digunakan sekiranya terdapat unsur ancaman keselamatan atau pelanggaran undang-undang oleh warga asing adalah di bawah Akta Imigresen 1959/63 yang mengawal kemasukan, keberadaan serta penggunaan dokumen perjalanan yang sah di Malaysia, Kanun Keseksaan khususnya bagi kesalahan seperti konspirasi jenayah dan ancaman terhadap keselamatan awam serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang terpakai bagi kesalahan melibatkan ancaman terhadap keselamatan negara.

Perhatian masyarakat terhadap isu keselamatan yang melibatkan warga Israel turut meningkat selepas penahanan seorang lelaki Israel, Avitan Shalom, di Kuala Lumpur pada Mac 2024.

Beliau ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di ibu negara.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kemudiannya mendapati beliau bersalah atas kesalahan berkaitan pemilikan senjata api dan peluru tanpa kebenaran sah di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Kes tersebut mencetuskan pelbagai reaksi awam memandangkan sensitiviti hubungan Malaysia-Israel serta faktor geopolitik semasa.

Dalam konteks serantau, negara-negara ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk memastikan Asia Tenggara kekal aman, stabil dan bebas daripada sebarang bentuk campur tangan asing yang boleh menggugat keselamatan rantau.

Prinsip tersebut selaras dengan konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang diperkenalkan ASEAN bagi memastikan Asia Tenggara bebas daripada persaingan kuasa besar dan campur tangan geopolitik luar.

ASEAN juga secara konsisten berpegang kepada prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara anggota, yang menjadi asas penting kepada kestabilan diplomatik dan keselamatan serantau.

Prinsip ini bertujuan mengelakkan ketegangan antara negara anggota serta memastikan kerjasama keselamatan dan ekonomi dapat diteruskan walaupun terdapat perbezaan pendirian terhadap isu antarabangsa termasuk konflik Israel-Palestin.

Dalam menghadapi cabaran keselamatan moden, negara-negara ASEAN perlu terus memperkukuh kerjasama risikan, kawalan sempadan, pemantauan jenayah rentas negara dan penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan undang-undang antarabangsa.

Kesimpulannya, perkembangan melibatkan kehadiran warga Israel di beberapa lokasi strategik di Thailand serta kes-kes berkaitan keselamatan di rantau ini wajar diberi perhatian serius oleh negara-negara ASEAN termasuk Malaysia demi memastikan keselamatan nasional dan kestabilan serantau terus terpelihara.

* Dir Kheizwan Kamaruddin adalah peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya beramal di Tetuan Manjit Singh Sachdev, Mohammad Radzi & Partners dan merupakan aktivis hak asasi di Pusat Penyelidikan Dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Pengarang Astro AWANI.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 12:54 PM | Show all posts
Kalau warga israel nak masuk Malaysia, mereka pakai passport negara lain. Kalau mereka tu perisik dan nak masuk Malaysia, mereka dah masuk dah pun. Tak perlu nak paranoid sangat. Masalahnya Malaysia ni ada ke team counterintelligence?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-5-2026 01:14 PM

Dont worry wanita2 berkompang sumud aman2 aja walaupun tahu rumah mana kerja mana pi mana hari2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:19 PM | Show all posts
Perhatian terhadap isu ini meningkat susulan tindakan pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah pusat pembelajaran dikenali sebagai Arki Kid School di pulau pelancongan Koh Phangan pada awal Mei 2026.
Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa dilaporkan menemui seramai 89 kanak-kanak warga Israel berusia antara dua hingga 12 tahun yang sedang mengikuti sesi pembelajaran di premis berkenaan.

-Apa ke bongoknya telend tak bleh detect awal? Appearance totally tak sama local pun tak sedar ka?
Malezia lain la, rohingnya miangma bangla indon pati worangs banyak mirip malezian. Aciks forum cuba check penampilan ada gaya pati tak? Maklumlah dah lama hidup berenvironmentkan pati. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:24 PM | Show all posts
Takde maknanya negara2 ASEAN nak menggelupor takut dengan Israel. Bangkok tu dah berzaman ada direct flights ke Tel Aviv.


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yea memang betul pun implikasi kat Malaysia tu pasal nyonya Kok suruh jadikan LGK tempat  beach and party, yahudi dah penuh kat Pai utara Thai, then Pangan , dengar cerita kat Satun pun dah masuk, Satun-Koh Lipe one hour boat jer ke Langkawi.

Nak steal Langkawi land la tu. Perangai sama macam yajooj majooj.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.574570 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list