CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1242|Reply: 17

[Dunia] 'Saya mewakili masyarakat Hindu, Muslim dan Kristian' - Ketua Menteri baharu Tamil Nadu, Vijay bawa mesej perpaduan

[Copy link]
Post time 11-5-2026 12:24 PM | Show all posts |Read mode



CHENNAI: “Saya mewakili masyarakat Hindu, Muslim dan Kristian. Saya adalah sebahagian daripada anda semua — anak anda, abang anda dan juga adik anda.”

Demikian ditegaskan Ketua Menteri baharu Tamil Nadu, Vijay, dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan di Chennai, India, pada Ahad.

Presiden Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) itu mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama daripada komuniti Kristian memegang jawatan tertinggi di negeri tersebut.

Vijay, atau nama penuhnya Joseph Vijay Chandrasekhar, berikrar membawa era baharu keadilan sosial serta menegaskan kerajaan pimpinannya akan mentadbir secara telus, bebas rasuah dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Beliau berkata sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum menjadi kekuatan utama yang membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

“Marilah kita bersama‑sama membina pentadbiran baharu. Hari ini menandakan permulaan era baharu keadilan sosial,” katanya ketika berucap di Stadium Jawaharlal Nehru, di sini.

Dalam ucapan sama, bintang filem tersohor itu turut mengumumkan hasrat untuk menerbitkan kertas putih mengenai kedudukan kewangan kerajaan terdahulu pimpinan Dravida Munnetra Kazhagam (DMK).

Beliau mendakwa pentadbiran sebelum ini meninggalkan beban hutang mencecah Rs10 trilion (kira‑kira RM415 bilion) serta menguras rizab kewangan negeri.

Sebagai reaksi, bekas Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin, menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tahap hutang negeri masih berada dalam had fiskal yang dibenarkan.

Dalam kenyataan berasingan, Raj Bhavan Tamil Nadu mengarahkan Vijay mendapatkan undi percaya di Dewan Undangan Negeri Tamil Nadu selewat‑lewatnya Rabu ini.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengucapkan tahniah kepada Vijay dan menyatakan komitmen kerajaan pusat untuk bekerjasama demi kesejahteraan rakyat Tamil Nadu.

Ditubuhkan dua tahun lalu, TVK muncul sebagai parti terbesar dengan penguasaan 108 daripada 234 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sokongan daripada parti lain termasuk Indian National Congress (INC) serta beberapa parti pembangkang membolehkan Vijay memperoleh 120 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 12:28 PM | Show all posts
tak ramai artis yg berjaya jd ahli politik. tgk lama mana leh bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeahhh... Thalapati Vijay vaaaa......  Semoga vijay buat cmne dlm movie tumbuk org jahat hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
lahhh patut mcm penah nampak
dah mmg pelakon filem tamil
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:03 AM | Show all posts
agk2 blh lawan gangster mcm dlm filem2 dia tak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling musibat dulu artis diaorg jadi menteri pendidikan dengan kululusan darjah 6 saja kikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2026 12:15 PM | Show all posts
polis ke tentera yg sebelah kiri vijay tu

yang bertopi tu laaa

mcm bintang felem bollywood

herlokkk ngat


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 02:03 PM | Show all posts
semoga berjaya mcm dalm filem beliau...

mcm filerm Thailavaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 02:04 PM | Show all posts
semoga berjaya mcm dalm filem beliau...

mcm filem Thailavaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 04:10 PM | Show all posts
baguslah dia kristian. rakyat separuh tak makan lembu, separuh tak makan babi.

dia makan dua2. kot.


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui ka dia curang?
Tp buleh menang plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 12:05 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 12-5-2026 12:15 PM
polis ke tentera yg sebelah kiri vijay tu

yang bertopi tu laaa

owhh. mejar arun kumar nama dia... https://www.youtube.com/shorts/a3RoLdti8z4
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 12-5-2026 06:47 AM
lahhh patut mcm penah nampak
dah mmg pelakon filem tamil

ha ah...mmg pelakon rupanya..patutlah rupanya familiar...ingatkan ada darah malaysian sebelah pak atau maknya..atau granddad grand mother
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 03:07 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 12-5-2026 12:15 PM
polis ke tentera yg sebelah kiri vijay tu

yang bertopi tu laaa

kannnnn.. helok sungguhh terletak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 03:07 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 12-5-2026 12:15 PM
polis ke tentera yg sebelah kiri vijay tu

yang bertopi tu laaa

kannnnn.. helok sungguhh terletak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg nuart ucap tahniah kwn dia mng jd ketua muntri kt India, tp tu la kwn dia mng teruih tutup beratus kedai arak, nuart plk buat pekak pilih muntri kaki arak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2026 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bikin wayang   
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalcott replied at 11-5-2026 12:28 PM
tak ramai artis yg berjaya jd ahli politik. tgk lama mana leh bertahan

Kalau kat Tamil Nadu ada beberapa precedents. MGR, Jayalalitha Jayaram pun Ketua Menteri sebelum ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.061109 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list