CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hafizh takluk Buriram, raih kemenangan hatrik

[Copy link]
Post time 10-5-2026 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Hafizh takluk Buriram, raih kemenangan hatrik

Saiful Affendy Sapran[email protected]





HAFIZH raih kemenangan ketiga berturut-turut di ARRC. -FOTO ARRC




Kuala Lumpur: Perlumbaan pertama kategori ASB1000 pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM ARRC 2026 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand hari ini menyaksikan aksi dramatik apabila pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah melakukan kebangkitan bertenaga untuk meraih kemenangan.

Bermula dari petak kelima, Hafizh kekal tenang di belakang kelompok hadapan dipimpin pelumba petak pertama, Muhammad Zaqhwan Zaidi, yang memulakan perlumbaan dengan baik.

Rakan sepasukan Zaqhwan, Azroy Hakeem Anuar berada di tempat kedua, manakala pelumba tuan rumah, Nakarin Atiratphuvapat serta Keito Abe turut bersaing di kelompok depan.

Memasuki pusingan kedua, perlumbaan semakin sengit apabila Zaqhwan dan Azroy cuba mengawal rentak, namun Keito mula mencuri ruang untuk mencabar kedudukan hadapan.

Drama bermula pada pusingan keempat apabila Keito memintas Azroy untuk naik ke tempat kedua sebelum memanfaatkan kesilapan Zaqhwan di selekoh akhir untuk mendahului perlumbaan seketika.

Detik penentu hadir pada pusingan kelapan apabila Hafizh mempamerkan aksi klinikal dengan memintas Keito dan Zaqhwan untuk naik ke tempat kedua sebelum melengkapkan gerakan ke depan.

Sejurus kemudian, juara bertahan itu merampas kedudukan pertama selepas memintas Azroy dan mula membuka jarak dari pencabar lain.

Memasuki pusingan ke-11, Hafizh sudah selesa mendahului lebih satu saat, mengawal perlumbaan dengan kematangan tinggi sehingga ke garisan penamat.

Selepas 14 pusingan, Hafizh melakar kemenangan dengan catatan 24'06.445 saat (s), sekali gus mencatat tiga podium berturut-turut musim ini.

Di belakangnya, Azroy menamatkan saingan di tempat kedua dengan 24'09.071s, manakala Keito di tempat ketiga dengan 24'09.321s.

Hafizh berkata kemenangan itu hadir hasil persiapan rapi termasuk latihan dalam keadaan panas serta fokus tinggi sepanjang perlumbaan.

"Pada perlumbaan saya hanya fokus pada rentak dan sabar.

Sasaran saya bukan podium, cuma kedudukan empat teratas sahaja.

Tapi bila nampak pelumba depan bergelut, saya ambil peluang itu.

"Alhamdulillah, ini kemenangan ketiga berturut-turut. Ia sangat istimewa," katanya.



Disiarkan pada: Mei 9, 2026 @ 7:36pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2026/05/1355815/hafizh-takluk-buriram-raih-kemenangan-hatrik




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.377267 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list