CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Strickland rampas semula takhta UFC

[Copy link]
Post time 10-5-2026 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-5-2026 02:57 PM

Strickland rampas semula takhta UFC

Reuters




STRICKLAND mengakui dia mungkin keterlaluan ketika perang psikologi sebelum pertarungan itu. FOTO Reuters



Newark: Sean Strickland kembali merampas gelaran middleweight Ultimate Fighting Championship (UFC) selepas menewaskan Khamzat Chimaev menerusi keputusan berbelah-bahagi dalam pertarungan sengit lima pusingan di UFC 328, awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama dalam karier profesional buat Chimaev yang sebelum ini dianggap pilihan utama oleh ramai pemerhati.

Pertarungan panas itu bermula dengan Chimaev menguasai pusingan pertama menerusi kelebihan gusti apabila berjaya menjatuhkan Strickland ke kanvas.

Namun, Strickland bangkit pada pusingan kedua dan ketiga dengan mematahkan cubaan takedown lawannya sebelum menggunakan kelebihan tinju untuk mengawal pertarungan meskipun dipercayai mengalami patah hidung.

Chimaev kembali menggunakan kelebihan gusti pada pusingan keempat tetapi Strickland berjaya bertahan sebelum aksi agresifnya pada pusingan terakhir meyakinkan dua daripada tiga juri untuk memberikan kemenangan kepadanya.

Dalam ucapan penuh emosi selepas pertarungan, Strickland mengakui dia mungkin keterlaluan ketika perang psikologi sebelum pertarungan itu.

"Saya mahu beritahu semua peminat saya, saya sangat sayangkan kamu semua.

"Saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan kamu semua.

"Kami semua rakyat Amerika Syarikat dan inilah impian sebenar," katanya.

Strickland sebelum ini kehilangan gelaran berkenaan kepada Dricus du Plessis pada Februari tahun lalu.

Sementara itu, dalam aksi utama bersama, petarung kelahiran Myanmar, Joshua Van mempertahankan gelaran flyweight selepas menewaskan Tatsuro Taira menerusi TKO pada pusingan kelima.



Disiarkan pada: Mei 10, 2026 @ 2:45pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/05/1356109/strickland-rampas-semula-takhta-ufc




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059352 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list