CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3182|Reply: 47

[Tempatan] Pemandu hilang kawalan rempuh motosikal, penunggang maut

[Copy link]
Post time 6-5-2026 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan 17/21, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.08 petang.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari membabitkan sebuah Proton X70 dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an dan sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an.

"Siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal terbabit.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

"Ujian saringan awal air kencing dan ujian alkohol terhadap pemandu itu didapati negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Sivam@siva Muniandy di talian 03-79662222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kemalangan.

https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/05/1354291/pemandu-hilang-kawalan-rempuh-motosikal-penunggang-maut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 08:00 PM | Show all posts
takde makna ilang kawalan.... sebelum dan selepas dia langgar, selepas masuk lane bertentangan tu, steady je kawalan kereta dia.. situ memang kawasan sesak, dia dah biasa buat macam tu sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 08:08 PM | Show all posts
Laju gila

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah pek Type C. Ntah apa yg nk di kejar bwk kete laju. Lps tu tgk la brp kete di potong. Double lane pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-5-2026 08:08 PM
Laju gila

Ya Allah..celaka sungguh driver kereta tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya sepet tua tongkang
Takpe apek tua oiiii
Sat2 kang adalah tu ngok dan wakil sepet hulur kat oku kat ko

Sial punya org tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2026 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-5-2026 08:08 PM
Laju gila

Jahat giler...takde makna hilang kawalan..mmg sengaja dia masuk lane tu...pastu mcm tu je dia langgar tercampak org tu..pastu dia xde brek lps langgar terus je masuk pemnaduan laju kat lane bertentangan ....patut dia yg mati. Mmg betul la kritikal cara pemanduan kat malaysia ni. Patut hukum kena sebat juga yg masuk lane bertentangan ni. Tp org kata umur emas takleh hukum sebat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa tu anak sape la ye...salma takziah pada parents dia...kesiannya muda lg elok je dia bawak x laju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 6-5-2026 10:22 PM
Katanya sepet tua tongkang
Takpe apek tua oiiii
Sat2 kang adalah tu ngok dan wakil sepet hulur kat  ...

Haritu kat melaka Ade apek juga
Da nak masuk parking Tak bagi signal main hentam masuk je.
Kalau tak aku da langgar dia, sebab laluan sehala, kemain jauh dia amek side
Dan nasib baik juga kereta belakang aku sempat brek, kalau tak...... Haaaiihhhh..
Gov kene kawal orang2 tua Dan pelancong2 yg datg bawa kereta kat Malaysia ni
Banyak la kawalan kerajaan kene buat, jgn pung pang madani je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 08:29 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
salam takziah utk mangsa
semoga dpt balasan yg setimpal utk pesalah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 08:29 AM | Show all posts
Edited by adawiyah_hakim at 7-5-2026 09:31 AM

double post
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 7-5-2026 07:43 AM
Jahat giler...takde makna hilang kawalan..mmg sengaja dia masuk lane tu...pastu mcm tu je dia lang ...

Dia potong masuk lane dari kiri dan kemudian masuk lane bertentangan tanpa tengok pun apa kat depan. Kan bagus kalau depan tu ada lori treler. Baik mampus terus driver mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 09:05 AM | Show all posts
ultra78 replied at 7-5-2026 08:34 AM
Dia potong masuk lane dari kiri dan kemudian masuk lane bertentangan tanpa tengok pun apa kat depa ...

iyer. alangkah bagusnya kalau dia yg mati. tp org yang tak bersalah yg mati. sedihnya apa yg berlaku kat mesia ari ni...budak sekolah kena langgar dpn gate sekolah, innocent ppl die disbbkan pemandu mabuk dan lawan arus. kerajaan need to do sumthing sbb pemandu2 ni tak takut dgn law...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 09:49 AM | Show all posts
thread dah ada la @CARI-MRO

yg bukak bnyk2 dah kenapa

korg yg buat rule jgn bukak bnyk2 thread tp korang yg bukak berlambak


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:20 AM | Show all posts
orang lain semua tenang2 je memandu. taman perumahan common sense utk jadi extra alert kot orang nak melintas, ada binatang la..halangan2 lain la.

datang dia terus melaju gitu. terkejut agaknya kereta depan tu tetiba stop parking tepi. tapi ko punya terkejut sampai bunuh orang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:24 AM | Show all posts
ada lawyer nk bantu fmly arwah ni fight kes.. dlm report ckp apek tu skt jantung tp aku tgk dia elok berdiri dkt luar siap tgk arwah terbaring.. skt jantung bukan serangan jantung so tetap blh didakwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 10:24 AM | Show all posts
ada lawyer nk bantu fmly arwah ni fight kes.. dlm report ckp apek tu skt jantung tp aku tgk dia elok berdiri dkt luar siap tgk arwah terbaring.. skt jantung bukan serangan jantung so tetap blh didakwa
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 7-5-2026 10:24 AM
ada lawyer nk bantu fmly arwah ni fight kes.. dlm report ckp apek tu skt jantung tp aku tgk dia elok ...

bebas pulak tukan,sbb sakit. X boleh la mcm tu,sakit ke x sakit ke hukum tetap kena hukum. X de excuse. Biar dia mati kt penjara tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:36 AM | Show all posts
hart_attack replied at 7-5-2026 10:30 AM
bebas pulak tukan,sbb sakit. X boleh la mcm tu,sakit ke x sakit ke hukum tetap kena hukum. X de ex ...

mmg wajib didakwa sbb kecuaian, dari dashcam blkg pun dia mmg laju, takde mkna dia terkejut sbb nmpk kete depan berhenti sbb ada bumper byk kwsn tmn kan.. kalau dia kne serangan jantung, dia tak blh diri lg dah ataupun goal kt situ juga..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 10:41 AM | Show all posts
BungaKencana replied at 7-5-2026 10:36 AM
mmg wajib didakwa sbb kecuaian, dari dashcam blkg pun dia mmg laju, takde mkna dia terkejut sbb nm ...

kannn

point nya dia laju



tiber dh lepas sbb faktor kesihatan

dah klu sbb tu patutnya tak dibenarkan memandu dah

kat msia kena ada rule certain2 penyakit dan umur kena ban terus dpd memandu

tak fit, mentally, physically


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.439539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list