CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 11

[Tempatan] ala ala "the great flood":Pangsapuri Baru Residensi Tun Hussein Onn Banjir Tingkat 19,Bayar mahal, pengurusan teruk,” kata Syafiq

[Copy link]
Post time 6-5-2026 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-5-2026 06:56 PM

PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan limpahan air seperti air terjun di sebuah pangsapuri di Cheras dipercayai berpunca akibat masalah paip pecah di tingkat 19.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @mr.j1491 hari ini, limpahan air yang deras itu meyebabkan laluan koridor pangsapuri tersebut dinaiki air melebihi paras buku lali.

Difahamkan, beberapa aras pangsapuri tersebut turut terkesan selain berlaku kerosakan lif. Terdapat penghuni yang memaklumkan mereka terperangkap di dalam rumah selama beberapa jam disebabkan laluan koridor yang ditenggelami air.
“Bangunan baharu pun kena hadap masalah macam ini. Bayar mahal, pengurusan teruk,” kata Syafiq.
“Alamak rumah tinggi pun kena banjir,” komen Nikky.

“Paling makan modal nak ‘repair’ (baiki) lif bila jadi macam ini. Laju betul macam air terjun. Confirm (sudah tentu) banyak hari kena naik turun guna tangga. Penghuni boleh buat report (laporan) kalau ada kerosakan pada rumah,” cadang Fahmi. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila...kesian penghuni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 05:31 PM | Show all posts
tech die buat ape

tak tutup main pipe ke caner yg sampai boleh banjir gini

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-5-2026 09:09 PM
Gila...kesian penghuni...

Saya pernah kena semua lif rosak akibat dimssuki air. Berbulan la nak repair. Proses paling panjang adalah utk claim insurans. Nak repair tu makan beratus ribu. Vendor lift buat assessment barang apa nak tukar. Kemudian pihak jmb hantar claim insurans pakai quotation vendor. Pihak insurans akan assign loss adjuster (LA) untuk datang buat inspection dan scrutinize setiap line item yang vendor tu letak dalam quotation. Berdasarkan input LA, insurans boleh bagi amount yang diclaim atau kurang. Bila duit insurans tu masuk barulah boleh panggil vendor datang repair dengan bayar downpayment. Kalau sparepart tak ada kena tunggu lagi. Semua ni proses panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 8-5-2026 06:45 AM
Saya pernah kena semua lif rosak akibat dimssuki air. Berbulan la nak repair. Proses paling panjan ...

Naya....

Baru lepas tgk tiktok satu family ada 2 ke 3  org anak kecik naik tangga sampai ke tingkat 36 sebab semua lift rosak sb kes lebih kurang mcm ni..sampai menangis2 anak2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 08:55 AM | Show all posts
ok la kira basuh teruih satu flat tu dr tingkat 19
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2026 09:27 AM | Show all posts
JMB yg tak kompeten akan menyusahkan penghuni dan juga penghuni yg x bayar maintenance fees akan menyusahkan semua termasuk diri mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 09:35 AM | Show all posts
ultra78 replied at 8-5-2026 06:45 AM
Saya pernah kena semua lif rosak akibat dimssuki air. Berbulan la nak repair. Proses paling panjan ...

patutnya bagi la mudah cara,gunakan dulu duit mf sementara tunggu proses nak claim,ni nak kena tunggu insuran dtg check pastu nk tunggu kelulusan pastu nk tunggu vendor nak tunggu barang lagi,kesian penduduk bayar mf tp kerja selenggara lambat sbb karenah birokrasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2026 09:36 AM | Show all posts
bulalof replied at 8-5-2026 09:27 AM
JMB yg tak kompeten akan menyusahkan penghuni dan juga penghuni yg x bayar maintenance fees akan men ...

kalau kompeten dan cpt melangkau birokrasi nt anggota jmb kena tindakan plak,
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:46 AM | Show all posts
copy_paste replied at 8-5-2026 09:35 AM
patutnya bagi la mudah cara,gunakan dulu duit mf sementara tunggu proses nak claim,ni nak kena tun ...



Netizen service apartment tu baru aje. Siap 2022. Nak pakai duit MF kena check kewangan ok ke tak.Sebab kos repair tu besar.Dalam kes aku dulu dlm RM80k utk sebiji lift.Kalau nak pakai duit sinking fund kena buat EGM.
Kerosakan lift memang cover dalam insurans. Kalau nak repair dulu boleh tapi ada kemungkinan apa yang jmb sudah bayar vendor tu tak match dengan apa pihak insurans agree untuk reimburse kepada jmb. Waktu site visit pihak vendor kena convince LA yang setiap alat yang rosak tu memang disebabkan oleh water damage pada hari kejadian dan perlu ditukar. Tak boleh la nak tipu barang yang sudah rosak sebelum tarikh kejadian nak claim insurance juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni service apartment sebelah stesen MRT BTHO. Baru lagi, siap masa PKP PKPB 2021/2022 macam tu la, dah lupa. Kesihan residents, harap dapat selesai segera.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
yg duduk tingkat atas la naya bila lif rosak
aku dulu duk tingkat satu pun guna lif
malas guna tangga

yg duk tingkat tinggi2 tu
semput kot nak guna tangga hari2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2026 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.076437 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list