|
View: 383|Reply: 2
|
UMNO-PH sepakat kekal kerjasama di N. Sembilan
[Copy link]
|
|
|
Kredit foto : Bernama
KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama di Negeri Sembilan demi memastikan kestabilan politik negeri serta kesejahteraan rakyat.
Menerusi kenyataan bersama, mesyuarat yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut memutuskan untuk menghormati pendirian yang telah dibuat oleh kedua-dua Biro Politik UMNO dan PH berhubung isu di negeri berkenaan.
Selain itu, majlis berkenaan bersetuju bahawa sebarang keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang berpotensi mencetuskan sensitiviti atau membuka ruang perselisihan perlu segera dirujuk kepada Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH.
Ketetapan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Sumber – MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh masuk muzium keris keramat sang saka bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|