|
View: 666|Reply: 10
|
Murid maut dilanggar di hadapan pagar sekolah: Warga emas pemandu van ditahan
[Copy link]
|
|
|
BATU PAHAT: Pemandu van yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan murid Tahun Dua, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, di hadapan pintu pagar sekolahnya, tengah hari tadi, sudah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, pemandu itu ditahan sejurus insiden berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika van dipandu lelaki itu bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah setelah selesai menghantar barang.
"Ketika bergerak keluar melalui pintu pagar utama, van itu melanggar mangsa yang sedang berjalan di hadapan pintu terbabit.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang parah pada bahagian kepala dan organ dalaman, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong," katanya dalam satu kenyataan.
Shahrulanuar Mushaddat berkata, pemandu van itu dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan dijalankan atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Jenazah Nur Aini Umairah, 8, selamat dikebumikan bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong, jam 8.35 malam tadi.
Suasana hiba menyelubungi majlis pengebumian yang dihadiri ratusan orang meliputi ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.
Linangan air mata mengiringi perjalanan terakhir murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon itu.
Malah ibunya, Asmilah Tukiran, 37, dilihat beberapa kali hampir pengsan sejak menunggu di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), bagi menuntut jenazah anak sulung daripada dua beradik itu.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abisla pemandu van tu...time budak balik sekolah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak budak lintas pagar...siang2 lak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Behind the wheel, every child is a blind spot."
Ingat ayat ni pada yang memandu, esp kenderaan besar & tinggi.
Ayat ni cikgu driving school aku dulu hari2 sebut.
Kawasan ada budak2, kau kena 10-20 kali peka & alert. Tak payah beriya tekan minyak, kalau kereta auto tu kau standby brake je kasi dia jalan sendiri slow2.
Sekolah, playground, taman perumahan, tempat paling kau tak jangka budak2 akan berada kat mana, pergerakan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh kete2 tu...hrp ada yg report....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2026 11:12 AM
Tak tau nak kata
https://www.facebook.com/reel/2056493805291189/?fs=e&fs=e
teruknya perangai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihla tgk gambar yg tangan dia masih pegang baju sukan baru beli tu
Iols tak berani nk tgk video ke apa
Harap sgt takde dah budak2 jd mangsa mcm ni lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnaillahirojiun
Nak kalut keluar tu apsal la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abg ipar aku langgar budak skolah yg melintas jalan tibe2.. dia nk pegi dkt bapak dia dkt seberang jalan tp nsb baik ramai saksi ckp dia bawa slow & budak tu yg tibe2 muncul terus berlari terjah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iye, rumah aku sebelah sekolah, so mcm2 perangai la ada budak2 ni, dah kawan2 lain elok je tepi jalan ramai2 berhenti tunggu guard berhentikan kenderaan, tiba2 sorg ni lari celah2 kawan dia lintas ke seberang.... dah lah kecik je anak oiii...
Ada yang drive mcm musibat pun ada, haritu pun ada kes langgar budak depan sekolah. Ada yang lari ke jalan drpd celah2 kereta yang tangah beratur.. sampai aku yg wfh kat rumah yang jerit2 kat dapur setiap kali budak2 keluar sekolah...hahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|