|
View: 540|Reply: 5
|
[Jenayah]
Trumpet henti sementara operasi 'Project Freedom' di Selat Hormuz, beri laluan rundingan damai dengan Iran
[Copy link]
|
|
|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penggantungan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) untuk mengiringi kapal melalui Selat Hormuz menerusi 'Project Freedom' selepas hanya sehari dilancarkan.
Langkah mengejut itu diambil bagi memberi ruang kepada usaha mencapai kesepakatan dengan Iran bagi menamatkan peperangan di Asia Barat.
Operasi dinamakan sebagai "Project Freedom" itu dimulakan pada Isnin lalu, bertujuan membantu kapal dagang keluar dari Selat Hormuz, laluan kritikal yang kini dikuasai Iran sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas negara itu.
Bagaimanapun, Trump menerusi hantaran di laman Truth Social menyatakan beliau menghentikan seketika operasi berkenaan atas permintaan perantara dari Pakistan dan negara-negara lain.
"Kemajuan besar sudah dicapai ke arah melengkap dan memuktamadkan perjanjian (dengan Tehran). Kami sudah bersetuju secara bersama bahawa walaupun sekatan (blokade) kekal berkuat kuasa sepenuhnya, 'Project Freedom' akan ditangguhkan buat seketika bagi melihat sama ada perjanjian itu boleh ditandatangani," kata Trump.
Walaupun operasi mengiring kapal dihentikan sementara, Washington tetap mengekalkan sekatan terhadap pelabuhan Iran. Strategi itu bertujuan memberi tekanan maksimum kepada Tehran supaya bersetuju menamatkan peperangan yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Februari lalu.
Ketegangan di Selat Hormuz dilaporkan memuncak baru-baru ini apabila AS mendakwa menenggelamkan tujuh bot milik Iran, selain beberapa kapal awam turut diserang yang didakwa dilakukan oleh pihak Tehran.
Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, mengesahkan bahawa fasa operasi serangan terhadap Iran yang diberi nama "Operation Epic Fury" sudah berakhir.
Kenyataan Rubio itu mengulangi laporan kepada Kongres di tengah-tengah tempoh gencatan senjata yang dilihat masih rapuh.
"Operasi Epic Fury sudah berakhir, seperti yang dimaklumkan Presiden Trump kepada Kongres. Kami sudah selesai dengan fasa tersebut," katanya kepada pemberita di Rumah Putih.
Beliau turut menjelaskan bahawa pertempuran di Selat Hormuz bukan sebahagian daripada rancangan asal peperangan tersebut.
"Ini bukan operasi ofensif, ini adalah operasi defensif. Maksudnya mudah – tiada tembakan akan dilepaskan melainkan kami ditembak terlebih dahulu," tegas Rubio.
Serangan besar-besaran oleh Israel dan AS pada Februari lalu dilaporkan telah membunuh barisan kepimpinan tertinggi Iran serta memusnahkan tapak ekonomi dan ketenteraan utama. Namun, ia gagal menumbangkan kerajaan Republik Islam itu yang membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau berkenaan.
Trump sebelum ini mengisytiharkan gencatan senjata pada 8 April lalu dan melanjutkannya beberapa kali meskipun rundingan dengan Tehran sebelum ini menemui jalan buntu.
Menurut Rubio, AS telah "mencapai objektif" peperangan tersebut dengan menyaksikan ekonomi Iran kini berdepan kemusnahan besar.
"Mereka sedang berdepan kehancuran ekonomi yang sangat dahsyat," katanya sambil menambah bahawa Trump tetap mengutamakan penyelesaian melalui meja rundingan. - AFP
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gigahertz at 6-5-2026 04:05 PM
Selagi China tak menyerang Taiwan atau Jepun menyerang North Korea
Trump takde peluang nak menang dengan Iran.-------------------------------------------------------------------
7 Julai 1937 : Jepun melancarkan Serangan besar-besaran ke atas China
selepas insiden Jambatan Marco Polo. Permulaan China-Jepun kedua.
7 Disember 1941 : Jepun menyerang Pearl Habour. next day 8 Disember
U.S Isytihar world War 2.
U.S masuk pentas lambat 4 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerkentot at 6-5-2026 05:11 PM


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 6-5-2026 07:59 AM
Selagi China tak menyerang Taiwan atau Jepun menyerang North Korea
Trump takde peluang nak menang de ...
Currently japan rival bukan N. Korea... But china |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Brperang dengan North korea akan tarik 3 negara sekali. a) Korea Selatan
b) Jepun
c) U.S
nak berperang dengan CHina . mmg kena masuk NK dulu.
berperang dari Udara & laut mmg US & Jepun tak akan mampu menang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 7-5-2026 07:52 AM
Brperang dengan North korea akan tarik 3 negara sekali. a) Korea Selatan
b) Jepun
c) U.S
If malaysia perang di SCS akan drag UK and US juga... konon US guna negara proxy us fight china.. N. Korea etc..allies...
dahulu korea war if US tidak tolong S. Korea jadi Korea (S.Korea+ N.korea) under dictatorship/authoritarian .....tapi ummah selalu reminiscing viet war.. Etc.. Konon anti west...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|