CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 12

Nafkah isteri wajib ikut kemampuan suami - Dr. Zulkifli

[Copy link]
Post time 5-5-2026 10:05 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Nafkah kepada isteri merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh suami mengikut kemampuan masing-masing, bukannya satu pilihan.


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu hantaran di laman Threads menjelaskan bahawa Islam menetapkan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada isteri seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal berdasarkan kemampuan diri.


“Ini bukan pilihan, ini kewajipan. Nafkah zahir adalah hak isteri yang wajib ditunaikan,” katanya.


Beliau turut berkongsi hadis riwayat Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad yang menjelaskan tanggungjawab suami terhadap isteri termasuk memberi makan dan pakaian seperti mana yang dinikmati suami sendiri.


Selain itu, suami juga diingatkan agar tidak melakukan kekerasan, tidak menghina serta tidak memulaukan isteri kecuali dalam batas yang dibenarkan.


Tambahnya,menurut pandangan ulama termasuk Sheikh Wahbah al-Zuhaili, nafkah yang wajib diberikan merangkumi beberapa aspek utama seperti makanan, keperluan dapur, pakaian, tempat tinggal, kebersihan diri dan peralatan rumah.


Jelasnya, kadar nafkah tidak bersifat tetap, sebaliknya bergantung kepada kemampuan kewangan suami.


“Suami yang kaya memberi nafkah lebih banyak, manakala suami yang kurang berkemampuan memberi mengikut kadar mampu,” ujarnya.




Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2026 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bincang betul2 sblm nikah bab ni. Biar terang lagi jelas. Kalau tak mampu, sabar dulu. Jangan naya anak org, diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul.. yg wajib tu pon kena tengok kemampuan suami & dibincangkan sebelum kawen. Ni ada suami yg gaji 10k tapi beli barang dapur pon bini kena topup duit. Aktiviti sekolah anak pon bini jugak yg bayar. Tapi dengan member2 bukan main lagi murah hati. Tu belum lagi beli motor besar & layan ride hujung minggu. Berhabis duit dekat kereta/motor.. geng2 camni bila kita tegur dia guna ayat "nafkah wajib tu bagi makan & tempat tinggal je". Kita kawan2 ni kesian tengok bini macam nak mampos usaha bagi cukup apa yg kurang
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 6-5-2026 12:05 AM
Betul.. yg wajib tu pon kena tengok kemampuan suami & dibincangkan sebelum kawen. Ni ada suami yg ga ...

Aku plg benci lelaki yg kata nafkah wajib tu stakat makan 2 kali sehari dan 2 pasang pakaian je. Aku baca tu nafkah level hamba tau. Gitu hinanye perempuan di mata lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki pun, kalau ko hidup single pun kais pagi makan pagi, tak payahla kawen. Pastu bandingkan zaman makbapak ko dulu, awal2 kawen pun bersusah payah katenye. Ni aku suspek makpak miskin yg harapkan bantuan zakat, keje beranak je tiap2 tahun, pastu tak cukup duit mengemis sana sini, pinjam duit org taknak bayar alasan anak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 6-5-2026 12:40 AM

Tgk bini tu jika gemuk macam petias ada gelang emas muka x bengis x berkerut2 baju cantik ada henbeg, tgk jugak anak2 cukup baju ka kasut baju sekolah sehelai ka 4 helai kasut satu ka 2 ka, kadang2 mak2 bolot duit laki sampai anak baju sekolah sehelai ja basuh hari2 anak kurus mak badan spt petias terlebih makan pakai anak pulak macam org miskin papa kedana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2026 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami yang bertahun bekerja, takk payah bagi nafkah sebab tak mampuu... Pakai aje reta isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 08:34 AM | Show all posts
dunia jahat pada lelaki miskin katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
secara ringkas, jgn nikah dgn jantan sengkek...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 10:47 AM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 6-5-2026 10:48 AM

datuk tak nak komen ke psl laki kaki pukul bini?

so far, mcm tak nampak mana2 set2 alim ulamak ni komen psl isu laki belasah bini

yg nmpk bersuara ada la sorg ni, tp set2 retis; liyana jasmay



klu di us tu, det. olivia benson, watak fiksyen je, tp pelakon yg melakonkan watak tu sgt advocate psl isu jenayah melibatkan keganasan seksual, termasuk la jgk laki yg kaki pukul ape ni

usaha2 dia utk advocate isu ni dh lama dan masih bnyk yg dia perjuangkan

dan ramai yg dh bukak mata kt sana



moga kita2 ni pun makin ramai yg advocate psl isu ni

biarlah kes stab 61x tu adalah yg terakhir

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 11:10 AM | Show all posts
annehuda replied at 6-5-2026 12:33 AM
Aku plg benci lelaki yg kata nafkah wajib tu stakat makan 2 kali sehari dan 2 pasang pakaian je. A ...

nafkah level hamba dah 1 hal.
menghambakan bini dah tambah 1 hal lg.


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:29 PM | Show all posts
annehuda replied at 6-5-2026 12:33 AM
Aku plg benci lelaki yg kata nafkah wajib tu stakat makan 2 kali sehari dan 2 pasang pakaian je. A ...

hakikat. kat mahkamah syariah pun mcmtu laa...
nafkah anak mkn minum 2-3 kali sehari sekadar utk hidup sahaja.
ini yg mahkamah kata.
sbb tu la selalunya kalau cerai nafkah anak dpt setakat RM300 saja seorang.
bkn utk mkn saja ya, termasuk semua2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols setuju
Suami yang kaya memberi nafkah lebih banyak, manakala suami yang kurang berkemampuan memberi mengikut kadar mampu,” ujarnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055066 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list