CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 1

[Tempatan] Van persiaran bawa 8 warga India kemalangan, pemandu ditahan positif syabu

[Copy link]
Post time 5-5-2026 11:52 AM | Show all posts |Read mode




Van persiaran bawa 8 warga India kemalangan, pemandu ditahan positif syabuVan persiaran membawa lapan penumpang warga India terbabas di Kilometer 212 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pagi tadi. - Foto IPD Alor Gajah


ALOR GAJAH: Seorang pemandu van persiaran ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah sintetik sehingga terbabit kemalangan di Kilometer 212 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku ketika van persiaran itu membawa lapan warga India dari Kuala Lumpur menuju Melaka, menyebabkan tiga daripada mereka cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abubakar berkata pemandu van berusia 55 tahun itu tidak mengalami kecederaan, namun ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Sehubungan itu, katanya lelaki terbabit ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Mengulas kemalangan itu, beliau berkata van persiaran terbabit terbabas di bahu jalan menyebabkan tiga penumpang iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 13 tahun cedera.

Semua tiga mangsa yang cedera itu dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2026 12:46 PM | Show all posts
Positif dadah tak semestinya di bawah pengaruh sebab dadah ni stays lama dalam system. Mungkin mengantuk or just kecuaian tapi dadah yang disalahkan. Harap ada pakar dadah boleh komen.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 04:05 PM GMT+8 , Processed in 1.771643 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list