|
View: 1211|Reply: 6
|
[Tempatan]
ZRA akan belayar semula ke Gaza
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA bersama sembilan lagi aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 akan kembali meneruskan pelayaran ke Gaza, Palestin.
Zainal Rashid berkata, mereka yang sebelum ini dibebaskan selepas ditahan rejim Israel, akan meneruskan misi GSF itu melalui pelayaran bermula dari Istanbul, Turkiye.
“10 orang sihat, walaupun menerima pelayanan buruk di atas kapal. Tapi kami konsisten, singgah di Istanbul bukan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Kami meneruskan pelayaran dari Istanbul ke Gaza,” katanya menerusi satu hantaran video pada Facebook hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersatu dalam soal Gaza, malah meminta kerajaan untuk menghantar nota bantahan bagi membebaskan dua lagi aktiviti Saif Abukeshek dan Thiago Avila yang ditahan Israel.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim Israel.
Insiden tersebut berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika.
Mereka kemudian dilepaskan di Pelabuhan Lera Petra di Kepulauan Crete serta dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan oleh pihak Greece serta diterbangkan ke Istanbul. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang sibuk isu iran as jadi sumud dah tak diberi tumpuan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama dah ada dalam rekod, kalau sangkut lagi dapat pula layanan exra jangan pula salahkan ibu mengandung |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau ditangkap lagi akan disumbat masuk penjara di israel? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isrehell skrang boleh buat hukum bunuh....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 5-5-2026 02:27 PM
Israel Palestine tu berkonflik jangka panjang, jika Palestine menang pun x lama kemudian dajal muncul perang2 lagi kawasan arab Iran Iraq Syria Lebanon, zaman huruhara makanan xde sungai kering, itu pilihan masing2, tapi kita x boleh kontrol dunia menuju kiamat x boleh stop binanya bgnn tinggi x boleh stop lahir nya ramai anak luar nikah x boleh stop china tanam pokok di gurun x boleh stop membina penempatan di marikh
Setengah org kita x sedar nak cepat2 kawen cepat2 beranak nak cepat2 palestine menang nak cepat2 dajal turun nak cepat2 imam mekdi turun nak cepat2 nabi Isa turun nak cepat2 matahari gostan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|