CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1105|Reply: 2

[Dunia] Penyakit jarang berlaku kembali mengganas, 3 maut di atas kapal persiaran MV Hondius - WHO

[Copy link]
Post time 4-5-2026 04:58 PM | Show all posts |Read mode




PRAIA, CAPE VERDE – Tiga orang meninggal dunia di atas sebuah kapal persiaran di Lautan Atlantik, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, dengan satu kes disahkan hantavirus.

Wabak itu berlaku di atas kapal MV Hondius, yang dalam perjalanan dari Ushuaia di Argentina ke Tanjung Verde.

“Setakat ini, satu kes hantavirus telah disahkan menerusi ujian  makmal, manakala terdapat lima lagi kes disyaki.

“Daripada enam individu yang terkesan,  tiga telah meninggal dunia dan seorang berada di unit rawatan rapi di Afrika Selatan,” kata WHO.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Afrika Selatan memberitahu AFP bahawa wujud  wabak ‘penyakit pernafasan akut teruk’ yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, dengan mangsa ketiga berada di unit rawatan rapi di Johannesburg.

Pesakit yang dirawat di Johannesburg diuji positif hantavirus, keluarga virus yang boleh menyebabkan demam berdarah, kata jurucakap Afrika Selatan, Foster Mohale.

Dalam kenyataannya WHO pula  berkata,  jangkitan hantavirus biasanya dikaitkan dengan pendedahan persekitaran seperti air kencing atau najis tikus yang dijangkiti.

“Walaupun jarang berlaku, hantavirus boleh merebak sesama manusia dan boleh mengakibatkan penyakit pernafasan teruk serta memerlukan pemantauan pesakit, sokongan dan tindak balas  teliti,” katanya.

Individu pertama di atas kapal persiaran yang mengalami gejala ialah penumpang lelaki berusia 70 tahun. Dia meninggal dunia di atas kapal dan mayatnya kini berada di pulau Saint Helena, wilayah Britain di Atlantik Selatan, ujar  Mohale.

Isterinya yang berusia 69 tahun juga jatuh sakit di atas kapal dan telah dipindahkan ke Afrika Selatan, di mana dia meninggal dunia di sebuah hospital di Johannesburg, katanya sambil menambah, mereka belum dapat mengesahkan kewarganegaraan mangsa.

Kes ketiga yang melibatkan  seorang warga Britain berusia 69 tahun  juga telah dipindahkan ke Johannesburg di mana dia sedang dirawat di unit rawatan rapi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu di platform  X bahawa agensi itu sedang bekerjasama dengan pengendali kapal dan negara anggota yang terjejas.

“WHO sedang memudahkan pemindahan perubatan dua penumpang yang bergejala, menjalankan penilaian risiko sepenuhnya dan menyokong mereka yang terjejas di atas kapal,” kata Tedros.

MV Hondius disenaraikan sebagai kapal persiaran kutub popular  di laman web beberapa agensi pelancongan. Ia dikendalikan syarikat pelancongan berpangkalan di Belanda, Oceanwide Expeditions.

Kapal itu boleh memuatkan kira-kira 170 penumpang dan mempunyai kira-kira 70  anak kapal.

Manusia boleh dijangkiti i hantavirus daripada sentuhan dengan tikus dijangkiti atau najisnya, atau digigit atau menghirup habuk yang tercemar. Terdapat pelbagai jenis hantavirus di bahagian dunia yang berbeza, dengan gejala  berbeza. – AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadinya... Siapa yg hanta virus tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 11:32 AM | Show all posts
bunnyj3lly replied at 4-5-2026 08:55 PM
Jadinya... Siapa yg hanta virus tu?

haippppp



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:53 PM GMT+8 , Processed in 1.684094 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list