|
View: 849|Reply: 1
|
[Dunia]
Pesawat PM Sepanyol, Pedro Sanchez mendarat cemas di Turkiye berikutan masalah teknikal
[Copy link]
|
|
|
ANKARA – Sebuah pesawat membawa Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mendarat cemas di Turkiye semalam berikutan masalah teknikal, kata kerajaan Madrid sekali gus mengesahkan laporan media.
Sanchez sedang dalam perjalanan ke negara jiran Turkiye, Armenia untuk mesyuarat Komuniti Politik Eropah (EPC) apabila insiden berlaku.
“Delegasi Sepanyol akan bermalam di Ankara sebelum menyambung semula perjalanan mereka ke Armenia pada waktu pagi,” kata kenyataan Madrid.
Ia tidak memberikan butiran tentang masalah teknikal yang dialami.
Para pemimpin Eropah akan berkumpul di ibu negara Armenia, Yerevan, untuk mesyuarat EPC, bermula hari ini. – AFP
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hati-hati sepanyol lantang juga isu iran usa siap tak tolong usa.. palestine pun sepanyol lantang.. risau kena sabotaj je |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|