CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 3

Seluruh dunia minta bantuan Amerika, Trump mulakan ‘Projek Kebebasan’ - "Demi kebaikan Iran, Asia Barat dan Amerika Syarikat.."

[Copy link]
Post time 4-5-2026 04:31 PM | Show all posts |Read mode

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata bahawa  ‘perbincangan sangat positif’ sedang berlangsung dengan Iran untuk menamatkan perang, namun menambah, tentera Amerika Syarikat(AS) akan mula memandu arah kapal-kapal dagang  keluar dari Selat Hormuz yang disekat Tehran.

Terdahulu  jurucakap kementerian luar Iran, Esmaeil Baqaei  memberitahu televisyen kerajaan,  Tehran telah menyerahkan pelan 14 perkara yang memberi tumpuan  untuk menamatkan perang, manakala Washington membalasnya dalam mesej kepada perantara Pakistan.

“Wakil-wakil saya sedang mengadakan rundingan  sangat positif dengan Iran, dan perbincangan ini boleh membawa kepada sesuatu yang sangat positif untuk semua,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.

Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari lalu, mengorbankan pemimpin agung republik Islam itu. Tehran membalas dengan membedil pangkalan-pangkalan  tentera AS dan sasaran Israel di seluruh  Asia Barat.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April lalu dengan  pusingan rundingan damai pertama diadakan di Islamabad, namun kedua-dua negara masih buntu.

Tehran pula mengekalkan cengkaman di Selat Hormuz sejak perang bermula, manakala Washington  mengenakan sekatan balas ke atas pelabuhan Iran.

Trump berkata ‘negara-negara dari seluruh dunia’ meminta bantuan Amerika dalam mengemudi melalui laluan air utama itu dan keluar dari rantau Teluk.

“Demi kebaikan Iran, Asia Barat dan Amerika Syarikat, kami telah memberitahu negara-negara ini bahawa kami akan memandu kapal  mereka keluar dengan selamat dari laluan air disekat  ini supaya mereka boleh meneruskan aktiviti dengan bebas dan cekap.

“Proses ini, Projek Kebebasan (Project Freedom) akan bermula pagi Isnin, waktu Asia Barat,” kata Trump.

Beliau menyifatkannya sebagai ‘isyarat kemanusiaan’ dengan mengatakan,  banyak kapal yang terkandas, kehabisan makanan dan segala keperluan lain.

Trump tidak memberikan butiran lanjut  tentang bagaimana misi itu akan dilakukan. Namun, operasi mengiringi  kapal-kapal  keluar dari selat  sempit itu boleh meletakkan anggota tentera AS dalam kedudukan sangat dekat dengan tentera Iran.

Dalam hantaran di laman  X, Markas Pemerintah Pusat(CENTCOM) berkata,  bermula hari ini, tenteranya akan mula menyokong Projek Kebebasan dengan penyertaan kapal-kapal pemusnah peluru berpandu berpandu, lebih 100 pesawat berpangkalan di darat dan laut, platform tanpa pemandu dan 15,000 anggota tentera.

“Sokongan kami untuk misi pertahanan ini adalah penting untuk  keselamatan serantau dan ekonomi global sementara kami juga terus mengekalkan sekatan maritim,” kata komander CENTCOM, Laksamana Brad Cooper.

Setakat 29 April lalu, lebih 900 kapal komersial berada di rantau Teluk, demikian menurut firma perisikan maritim AXSMarine, manakala terdapat lebih 1,100 kapal pada permulaan perang tersebut.  – AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 05:40 PM | Show all posts
orang amerika tak meluat ke dengan dia ni dah macam orang sewel buat statement syok sendiri tiap minggu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
American muslim struggle untuk define peace at this moment... Supporting islamic fundamental against human rights...seperti
Apostate... Iran regime killing thousands of them...
Last last yang tinggal dalam democratic party only kapirun moron and radical muslim ... Wolf in sheep clothing...

Iranian american few thousand of them... Minta trump supply ammunition.. gun and war tech gadget... Volunteer untuk boots on the ground with US army...
And mereka muslim shia..



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Strategy Trump nak topple regime IRGC tak menjadi. Adan uker Trump malu sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 07:26 AM GMT+8 , Processed in 3.287293 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list