CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: red_velvet

Innalillahiwainnailaihirajiun.. Jalil Hamid Meninggal Dunia.

[Copy link]
Post time 4-5-2026 04:33 PM | Show all posts
What a legend. Kenangan betul secara peribadi untuk anaknya ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 04:34 PM | Show all posts
little_sis replied at 4-5-2026 08:00 AM
Sedihnyaaaa.. banyak tengok drama lakonan arwah baru2 ni.. aku sedih..
innalillahiwainnailaihirojiu ...

tengok beto post terasa betul sedihnya juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2026 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ezzreee replied at 4-5-2026 04:29 PM
alfatihah
sedih bila tahu arwah meninggal. arwah ni berlakon dr muda pon da best. jd pakcik gatal. ...

3 hari lepas beto ada up video naik satu kereta dengan arwah.. Arwah meninggal masa tidur lepas solat subuhrupanya.. Semoga syurga untuk arwah pak Jalil. Lakonnnya hidup di hati.. Baru lepas tengok arwah cameo dalam filem Buli semalam, ada orang letak kat thread.. Tak sangka hari ni arwah pergi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:36 PM | Show all posts
salam takziah...
lagu raya arwah tak pernah miss dengar tiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:38 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.....Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi waafuanhu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:39 PM | Show all posts
Inalillah, salam takziah. Pemergianmu dikenang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2026 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:48 PM | Show all posts
Sedihnyaaaaaaaa...

A few years back, PKNS ada buat open house. Jemput arwah ni sebab arwah ada berlakon iklan PKNS. I sanggup tunggu dia habis makan, lepastu jumpa wife dia minta izin nak gambar bertiga.

Wife dia elok je layan. Arwah senyum je. Macam bapak2 sangat auranya.

I sedih tengok drama AYAHANDA. Siap menangis.

Sedihnya arwah dah tak ada.

Tak apa lah, habis sudah cerita arwah di dunia. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang yang baik2 di syurga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:14 PM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah buat ahli keluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T AAmin
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
نَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2026 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 4-5-2026 05:37 PM

....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 4-5-2026 05:33 PM
https://www.hmetro.com.my/rap/rapextra/2026/05/1353799/arwah-jalil-hamid-kecewa-tidak-dapat-tunai-ha ...


Arwah Jalil Hamid Kecewa Tidak Dapat Tunai Haji - anak
Syafil Syazwan Jefri
[email protected]

Afiqah Jalil menceritakan impian bapanya yang tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji.
Afiqah Jalil menceritakan impian bapanya yang tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji.
Shah Alam : "Memang dia sedih dan kecewa tidak dapat pergi menunaikan haji."

Itu luahan anak Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil, ketika menceritakan impian bapanya yang tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji akibat masalah kesihatan jantung.

Afiqah, 33, berkata, hasrat terbesar bapanya itu sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini selepas tertangguh pada tahun lalu, namun keadaan jantungnya yang membengkak menghalang impian itu daripada menjadi kenyataan.

Menurutnya, walaupun arwah sudah pun menghadiri kursus haji sebagai persediaan, takdir menentukan bapanya tidak dapat meneruskan niat suci itu.

"Tahun lepas tidak dapat pergi, ibu sahaja yang pergi seorang. Tahun ini sudah pergi kursus haji semua, tetapi tidak dapat sebab masalah jantungnya. Jadi dia memang agak kecewa dengan situasi itu.

"Kami pun ada cakap, tidak mengapalah. Tetapi dia memang kecewa sebenarnya, memang dia sedih tidak dapat pergi," katanya kepada Harian Metro.

Selain hasrat haji yang terkandas, Afiqah turut berkongsi rasa terkilan apabila arwah bapanya tidak sempat menghadiri majlis pelancaran bukunya yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada hujung minggu ini.

Malah, Afiqah sudah pun menyiapkan segala urusan dokumen termasuk memperbaharui pasport bapanya semalam.

"Dalam perjalanan pergi kerja tengah hari tadi, ibu hubungi saya dan cakap, 'Ika, patah balik. Ayah tidak sedarkan diri'. Jadi saya pun patah balik tengok memang badan dia sudah sejuk dan pucat.

"Kami cuba kejutkan tapi memang tiada tindak balas. Perancangannya memang mahu ke Singapura pada Jumaat ini untuk pelancaran bukunya, saya pun berasa teruja sebab saya yang tolong pasarkan buku ini. Saya tidak sangka pula tidak sampai hajat dia," katanya.

Mengimbas kembali perbualan terakhir, Afiqah memberitahu bapanya sempat berseloroh mengenai keinginan untuk menjual rumah mereka kerana berasa penat untuk menguruskannya selepas bersara.

Walaupun arwah mempunyai sejarah penyakit jantung bengkak dan sering mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pemergiannya dalam tidur dipermudahkan.

Selain itu, Afiqah berasa syukur kerana sempat merakam kenangan indah menyanyikan lagu Aidilfitri bersama bapanya pada tahun ini sebagai kenangan abadi.

Difahamkan, Allahyarham juga sepatutnya terbabit dalam penggambaran sebuah drama pada malam ini, namun urusan itu kini terpaksa tergendala susulan pemergian pelakon veteran itu.

Jalil, 69, disahkan meninggal dunia dalam tidur tengah hari tadi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hayati Sariat, 62, dan enam cahaya mata.

Jenazah disempurnakan di Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Disiarkan pada: Mei 4, 2026 @ 5:07pm

Kredit : FV Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:37 PM | Show all posts

Innalillahiwainnaialihirojiun. Salam takziah buat ahli keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:40 PM | Show all posts
Sedihnya..antara pelakon fav iols di malaysia
Takada kontroversi bukan2
Semoga awrah ditempatkan dikalangan org soleh, dilapangkan kuburnya dan dipermudahkan urusan di alam barzakh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Salam Takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnalillahhirojiun.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Lakonan dia watak komedi ke, watak serius ke, pun menjadi.

Semoga dipermudahkan urusan arwah dan famili arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Legend.. sama level dengan Arwah M.Rajoli, Ismail Din & Hussein Abu Hasan. Antara watak lakonan arwah Jalil Hamid yg iouls suka -suami gatal dalam cerekarama "Ratu Jamu" , Jejaka Tong Gas dalam telemovie bedah tong gas & Bapak Loyah dalam telemovie Lontong Raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.114029 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list