CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Antonelli terus gegar F1, sambar petak utama di Miami

[Copy link]
Post time 3-5-2026 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Antonelli terus gegar F1, sambar petak utama di Miami

Mei 3, 2026 @ 7:54am





Pemenang petak utama dari Mercedes, Kimi Antonelli (kiri) berbual dengan pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen selepas sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Miami di Autodrome Antarabangsa Miami, Miami Gardens, Florida. – Foto AFP



MIAMI, Amerika Syarikat: Kimi Antonelli terus mencuri tumpuan dalam Formula Satu (F1) apabila pemandu remaja Mercedes itu meraih petak utama Grand Prix Miami selepas mengetepikan cabaran juara dunia empat kali, Max Verstappen dalam sesi kelayakan penuh mendebarkan, pagi tadi.

Pelumba Itali berusia 19 tahun itu yang kini mendahului kejuaraan dunia F1 mencatat masa terpantas satu minit 27.798 saat untuk mengatasi Verstappen dari Red Bull, manakala Charles Leclerc ketiga terpantas bersama Ferrari.

Juara dunia, Lando Norris yang terdahulu memenangi perlumbaan pecut akan memulakan perlumbaan dari petak keempat bersama McLaren.

Ia adalah petak utama ketiga Antonelli dan yang ketiga berturut-turut, sekali gus menyamai pencapaian legenda F1, Ayrton Senna dan Michael Schumacher dalam buku rekod.

Rakan sepasukan Antonelli di Mercedes, George Russell menamatkan sesi di tempat kelima di depan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton bersama Ferrari kedua, manakala Oscar Piastri ketujuh bersama McLaren.

Franco Colapinto dari Alpine berada di tempat kelapan di depan Isack Hadjar bersama Red Bull kedua dan Pierre Gasly di petak ke-10.

"Ia hari yang menakjubkan untuk saya raih petak utama sekali lagi," kata Antonelli.

"Perlumbaan pecut tadi memang sukar buat saya, tetapi saya amat gembira dengan kebangkitan ini.

Saya sedikit teruja pada pusingan terakhir Q3, namun catatan pertama saya sudah cukup baik.

"Saya sangat tertekan ketika menunggu semua pemandu melengkapkan pusingan mereka, tetapi akhirnya ia memadai dan harapnya saya dapat melakukan permulaan yang magis esok."

Aksi Antonelli menyerlahkan kembali kemeriahan F1 selepas berehat lima minggu susulan konflik di Asia Barat, dengan beberapa pasukan membawa pakej naik taraf baharu di Miami.

"Bagi saya dapat berada di barisan depan jauh lebih baik daripada jangkaan," kata Verstappen yang tampil lebih kompetitif bersama Red Bull versi baharu.

"Harapnya saya dapat melakukan permulaan yang baik kerana saya tidak banyak mendapatnya musim ini.

"Pasukan bekerja keras sepanjang beberapa minggu lalu untuk memastikan saya lebih selesa dengan jentera ini."

Leclerc pula mengakui Ferrari masih belum cukup pantas walaupun membawa pakej naik taraf besar ke Miami.

"Saya benar-benar berada di tahap maksimum. Kami masih belum cukup laju hari ini." – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/05/1541249/antonelli-terus-gegar-f1-sambar-petak-utama-di-miami





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2026 10:58 AM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.039853 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list