CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 222|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Norris raih petak utama pecut di Miami

[Copy link]
Post time 2-5-2026 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Norris raih petak utama pecut di Miami

Mei 2, 2026 @ 6:52am





Pemandu McLaren dari Britain, Lando Norris memegang anugerah Pirelli Sprint Pole selepas memenangi sesi kelayakan acara pecut pada Grand Prix Formula Satu Miami 2026 di Autodrome Antarabangsa Miami, Miami Gardens, Florida. – Foto AFP



MIAMI, Amerika Syarikat: Juara dunia, Lando Norris menamatkan dominasi awal musim Mercedes apabila memacu McLaren yang dinaik taraf untuk meraih petak utama perlumbaan pecut Grand Prix Miami, pagi tadi.

Pemandu Britain berusia 26 tahun itu mencatat masa terpantas mengatasi pendahulu kejuaraan dari Mercedes, Kimi Antonelli dengan kelebihan 0.222 saat, manakala rakan sepasukan Oscar Piastri berada di tempat ketiga.

Dua jentera McLaren yang menggunakan pakej naik taraf baharu sepanjang rehat lima minggu Formula Satu susulan konflik di Asia Barat tampil cemerlang dalam cuaca panas Florida untuk menewaskan pencabar utama mereka.

"Ia keputusan sempurna buat kami dan cara terbaik membalas usaha pasukan," kata Norris.

"Kami membawa beberapa naik taraf baharu dan saya dapat merasai semula cengkaman jentera.

Kami tahu litar ini memang sesuai untuk kami.

"Pada masa sama, kami yakin pakej yang dibawa akan memberi peningkatan dan ternyata jangkaan kami tepat."

Ia kali pertama musim ini Mercedes gagal menguasai sesi kelayakan selepas mendominasi tiga Grand Prix terdahulu.

Ferrari turut mempamerkan peningkatan menerusi jentera baharu mereka, namun masih belum cukup kompetitif untuk menandingi McLaren.

Charles Leclerc menamatkan sesi di tempat keempat diikuti juara dunia empat kali Max Verstappen bersama Red Bull, George Russell dari Mercedes dan Lewis Hamilton yang memandu Ferrari kedua.

Franco Colapinto berada di tangga kelapan buat Alpine di depan Isack Hadjar dan Pierre Gasly.

Dalam keadaan cuaca panas di Miami, Valtteri Bottas menjadi pelumba pertama keluar ke litar bersama Cadillac ketika semua 22 jentera terus memulakan sesi di Autodrome Antarabangsa Miami.

Leclerc yang terpantas dalam sesi latihan bebas sebelum itu segera menguasai carta masa sebelum Norris dan Piastri mengambil alih kedudukan.

Norris mencatat masa 1 minit 28.723 saat untuk mendahului Piastri sebelum Leclerc memintas salah satu McLaren, manakala Verstappen sekadar ketujuh dalam SQ1.

Sesi SQ2 menyaksikan Leclerc sekali lagi tampil pantas, membuktikan keberkesanan naik taraf Ferrari apabila Piastri hanya 0.036s di belakangnya.

Namun dalam penentuan SQ3 menggunakan tayar lembut, Norris akhirnya muncul terpantas dengan catatan 1:27.869 untuk meraih petak utama.

Antonelli cuba memberi saingan hingga ke saat akhir tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua, diikuti Piastri dan Leclerc. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/05/1540931/norris-raih-petak-utama-pecut-di-miami





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044475 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list