CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 245|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Ultras Malaya mula boikot Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 1-5-2026 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Ultras Malaya mula boikot Harimau Malaya

Oleh Zulfaizan Mansor - Mei 1, 2026 @ 12:43pm




Kenyataan rasmi disiarkan di laman Facebook Ultras Malaya.



KUALA LUMPUR: Kumpulan penyokong Ultras Malaya melaksanakan 'boikot fasa 1' terhadap pasukan kebangsaan yang mana mereka akan memboikot semua perlawanan membabitkan Harimau Malaya berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan rasmi disiarkan di laman Facebook mereka, Ultras Malaya membuat keputusan itu sebagai tindakan susulan terhadap tiga tuntutan yang sudah dibentangkan mereka kepada umum pada 13 April lalu.

Tiga tuntutan yang disuarakan itu membabitkan isu pemalsuan dokumen dengan kumpulan terbabit menuntut supaya menarik balik kerakyatan tujuh pemain berkenaan, pulangkan pengurusan Harimau Malaya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan melakukan reformasi bola sepak Malaysia.

"Sehubungan itu, kami sebulat suara memutuskan untuk melaksanakan boikot fasa 1, iaitu memboikot semua perlawanan yang membabitkan pasukan kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

"Kami memberikan tempoh sehingga 31 Ogos 2026 untuk ketiga-tiga tuntutan itu dipenuhi dan dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan demi memastikan bola sepak Malaysia benar-benar merdeka daripada kepentingan sempit, kegagalan tatakelola dan kerosakan sistem yang berpanjangan.

"Sekiranya ketiga-tiga tuntutan ini tidak dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan, boikot fasa 2 yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan dan akan membabitkan keseluruhan ekosistem Liga Malaysia.

"Kami, Ultras Malaya, kekal dengan pendirian untuk memperjuangkan bola sepak Malaysia yang tulen, jujur, adil dan bersistem, serta menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penggunaan bola sepak sebagai alat untuk memenuhi nafsu, pengaruh dan kepentingan peribadi mana-mana pihak atau individu.

"Tindakan ini diputuskan bukan atas dasar kebencian terhadap pasukan kebangsaan atau mana-mana pihak, tetapi demi masa depan bola sepak Malaysia yang lebih bermaruah, tersusun dan bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, FAM sebelum ini dikenakan denda CHF 350,000 (RM1.8 juta) oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain dan pemain terbabit pula denda CHF 2,000 (RM10,650) serta digantung 12 bulan.
Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1540700/ultras-malaya-mula-boikot-harimau-malaya





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 1.290736 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list